Sunday, December 21, 2008

Mangsa Banjir Gembira Terima Bantuan Kerajaan

Rata-rata mangsa banjir di Kampung Parit Perawas di sini bersyukur di atas keprihatinan pelbagai agensi Kerajaan dalam membantu mereka semasa rumah mereka dinaiki air pada 12 Disember lalu.

Seorang mangsa, Mislatu Jelani, 43 berkata, semasa kejadian banjir berlaku banyak agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah membantu menghulurkan bantuan.

Katanya, sepanjang berada di pusat penempatan sementara di Balai Raya dan Surau kampung ini, JKM banyak membantu dan menjaga mangsa-mangsa banjir.

Menurutnya, ini termasuklah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan bomba dan polis turut berperanan dalam usaha membantu mangsa-mangsa.

Bagi Rokiah Abdollah, 45 pula berkata, keluarganya berterima kasih sepanjang kesemua lima mangsa di tempatkan sementara di situ dan segala kebajikan mereka dijaga dengan rapi.

“Kakitangan Japerun Sungai Rambai turut bersama-sama turun padang mengambil berat tentang mangsa banjir, oleh itu, kami sangat berterima kasih dalam usaha mereka membantu kami menyelamatkan diri daripada bencana banjir ini,” katanya.

Seorang lagi, Esah Abdollah, 39 memberitahu, keluarganya gembira dengan bantuan makanan asas yang diterima sebelum kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah, kelmarin.

“Dengan pemberian makanan asas seperti beras dan makanan lain dapat menampung kehidupan kami sekeluarga buat sementara, ini kerana sebahagian barang makanan kami musnah akibat banjir.

“Ia juga sebagai menampung kami sekeluarga untuk sementara waktu ini dalam usaha kami membersihkan rumah kesan lumpur,” katanya.

Setelah seminggu berada di pusat penempatan sementara, kelima-lima keluarga mangsa banjir di Kampung Parit Perawas akhirnya dibenarkan pulang baru-baru ini setelah pihak Japerun Sungai Rambai dan agensi terlibat mendapati rumah mereka selamat diduduki semula.

Sebelum mereka dibenarkan pulang, JKM melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman telah menyampaikan bantuan makanan kepada keluarga mangsa.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman; Ketua Penolong Pegawai Daerah Jasin, Mohd Sakri Seman; Pengarah JKM Negeri Melaka, Roslan Baba dan Pegawai JKM daerah, Abdul Rahman Jaafar; Penghulu DUN Sungai Rambai, Ariff Umar serta wakil-wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Polis Sungai Rambai, serta ATM.

Thursday, December 18, 2008

Dewan & Surau Parit Parawas Jadi Pusat Penempatan Banjir

Dewan sebaguna serta surau di kampung Parit Parawas, sungai Rambai Timur, di sini bakal dijadikan sebagai pusat penempatan sementara untuk mangsa-mangsa banjir.

Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abd Rahman berkata, dewan serbaguna dan surau tersebut telah dua kali digunakan sebagai pusat penempatan sementara bagi mangsa-mangsa banjir iaitu pada tahun 2006 dan juga pada tahun ini.

"Di masa hadapan, kita akan mengumpulkan kesemua mangsa-mangsa banjir di dewan serbaguna dan surau ini memandangkan terdapatnya banyak kemudahan disitu.

"Oleh itu, diharapkan segala kemudahan yang terdapat di kawasan ini akan dapat dipertingkatkan lagi seperti tandas, bilik mandi, pantry serta dewan juga akan di perbaiki dan kemaskini pada mada hadapan,"Katanya.

Hasan berkata demikian selepas menyampaikan bekalan makanan asas kepada lima keluarga mangsa banjir sebelum mereka di benarkan pulang ke rumah masing-masing kemarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman; Ketua Penolong Pegawai Daerah Jasin, Mohd Sakri Seman; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Melaka (JKM), Roslan Baba dan pegawai JKM Daerah; Penghulu DUN Sungai Rambai, arif Umar serta wakil-wakil jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Polis sungai Rambai serta ATM.

Kesemua lima keluarga mangsa banjir meliputi 26 ahli itu di tempatkan di pusat penempatan sementara di dewan dan surau di kampung tersebut sejak Jumaat lalu apabila rumah mereka di masuki air akibat limpahan air dari Sungai Kesang.

Jelasnya, kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang kerumah masing-masing setelah pihaknya mengadakan mesyuarat dengan agensi Kerajaan dan mendapati paras air semakin surut.

Thursday, December 4, 2008

80 Hektar Jadi Taman Teknologi Pertanian

Tanah terbiar seluas 80 hektar di kawasan Mukim Sebatu, Sungai Rambai disini telah dibangunkan menjadi kawasan Taman Teknologi Pertanian bagi daerah tersebut pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abd. Rahman berkata, tanah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) itu sepatutnya telah lama dibangunkan sebelum ini untuk tujuan pusat kajian bagi kajian pertanian di daerah tersebut.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa agensi tersebut termasuk LKIM bagi membincangkan mengenai cadangan tersebut pada masa terdekat ini.

"Saya akan berjumpa dengan pegawai-pegawai LKIM ,Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian negeri bagi membincangkan cadangan mengwujudkan Taman Teknologi Pertanian di kawasan tersebut termasuk idea menjadikannya sebagai pusat kajian pertanian pada masa depan,"katanya.

Berliau berkata demikian ketika merasmikan Program Bumi Hijau Peringkat DUN Sungai Rambai.

Menurutnya,melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan dan penglibatan 14 kampung dalam DUN berkenaan, pihaknya yakin cadangan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur kelak.

"Daripada tanah terus terbiar, lebih baik kita bersama-sama bangunkan tanah itu untuk tujuan yang lebih berfaedah demi memberi manfaat kepada penduduk dalam kawasan DUN Sungai Rambai,"katanya.

Katanya, apabila taman pertanian itu telah diwujudkan kelak, ia dijangka mampu menyediakan peluang pekerjaan yang pelbagai bidang kepada penduduk setempat.

Ujarnya,selain dapat manfaatkan tanah terbiar itu, usaha itu mampu menjana pendapatan kepada penduduk kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Wednesday, December 3, 2008

Tradisi Berkatan Beramai-ramai Jadi Acara Tahunan

Seramai 47 kanak-kanak dari kampung kesang dan sekitarnya menyertai program berkatan beramai-ramai di Balai Raya Kampung Kemengkang.

Program anjuran Gerak Wanis Gerakkan Belia 4B (GB4B) Jasin dengan Kerjasama Umno Cawangan Kesang Tua itu dirasmikan oleh Pengerusi GB4B Jasin, Hassan Abd Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, pengerusi Penaja GB4B Negeri yang juga Pengerusi Penaja GB4B Jasin merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin, Mohd Nizam Omar.

Hadir sama, Penghulu DUN Bemban, Jazlee Pit; Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Daerah Jasin, Jazwin Abd Rahman; setiausaha MBGD Jasin, Zulkifli Kalil dan Pengerusi Gerak Wanis GB4B Kawasan Jasin,Rohafiza Harun.

Pada majlis itu , Hassan turut menyampaikan cenderamata kepada kanak-kanak yang akan dikatankan serta majlis tepung tawar kepada peserta dan turut sama berarak ke Balai Raya Kampung Kemengkang untuk Majlis"Bersiram".

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Hassan berharap program seumpama itu akan dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan penduduk kampung kerana ia dapat mengeratkan silarulrahim di kalangan penduduk.

Menurut Hassan, di samping itu,beliau turut berharap Program itu akan dapat dimasukkan ke dalam kelender tahunan aktiviti pertubuhan belia di dearah Jasin terutama pada musim cuti persekolahan.

"Saya berharap semua pertubuhan belia GB4B dapat menjadikan Program ini sebagai acara tahunan dan GB4B Jasin boleh menjadikan acara ini dengan lebih besar dan meriah kerana dapat merapatkan lagi hubungan dan ikatan perpaduan.

"Apabila ia dilaksanakan secara besar-besaran, sudah pasti akan dapat menjimatkan manakala Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin sudah pasti boleh membantu menyedikan peruntukkan setiap tahun,"katanya.

Sunday, November 23, 2008

Penyertaan Teramai Dalam PJKN 160 Belia Jayakan Program Anak Angkat

Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Melaka siri ketiga tahun ini mencatat sejarah baru apabila berjaya menghimpunkan 160 peserta sekaligus menjadikannya penyertaan paling ramai di negara ini.

Seramai 160 peserta dari 10 sekolah menengah dan dua Insitutsi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S), menyertai siri ini berbanding 120 peserta yang dicatatkan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, kejayaan Kelab Sukarelawan Sahabat Belia di bawah kepimpinan Pengerusinya, Khairil Syukri Mohamad Tahier itu membuktikan belia Melaka begitu komited terhadap tanggungjawab mereka sebagai golongan belia.

Menurutnya, ini juga secara tidak langsung dapat menepati citarasa dan aspirasi Ketua Menteri yang juga Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY), Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahukan belia di Melaka aktif seiring dengan kemajuan negeri ini.

“Sebagai sebuah negeri yang baru mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) dan sebuah negeri belia, Melaka memerlukan lebih ramai lagi belia yang aktif dengan membabitkan diri dalam bidang kesukarelaan ini.

“Penyertaan pelajar pada hari ini sehingga berjaya menjadikan ianya sebagai penyertaan paling ramai di negara ini membuktikan bahawa Melaka adalah tempat untuk melahirkan lebih ramai ahli belia yang aktif dan komited,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas melancarkan majlis penyerahan anak angkat PJKN Kelab Sukarelawan Sahabat Belia Melaka di Balai Raya Kampung Air Tawar, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, 160 peserta terbabit menjadi anak angkat kepada 35 keluarga di Kampung Air Tawar dan mereka akan tinggal bersama keluarga angkat masing-masing sehingga Ahad ini sambil mengikuti program yang telah diatur oleh penganjur.

Turut hadir pada majis itu, Penghulu DUN Sungai Rambai, Ariff Umar; Pengarah Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka, Mohd Nizam Omar; Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri, Md Abd Manap dan Pegawai JBS Daerah Jasin, Jazwin Abd Rahman.

Terdahulu, ketika merasmikan majlis itu, Hassan berharap golongan belia di negeri ini akan dapat menghayati sejarah negara khususnya asas kepada pembentukan negara menjadi sebuah negara merdeka.

“Golongan belia perlu ada kesedaran politik dan mereka juga mestilah memahami serta menghayati sejarah sebenar negara kerana tanpa memahami dan menghayatinya, sudah pasti mereka akan menjadi orang yang buta sejarah,” katanya.

Wednesday, November 5, 2008

Pemuda UMNO Lancang & IPD Muar Adakan Perlawanan Persahabatan Badminton


PASUKAN Badminton Pemuda UMNO Cawangan Lanchang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, ini di Dewan Badminton Kuartes Polis IPD Muar, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lanchang, Nor Azmi Mahmood berkata, perlawanan persahabatan yang diadakan itu juga adalah salah satu daripada kunjung hormat ahli Pemuda UMNO cawangan berkenaan dalam usaha merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat.

Menurut Nor Azmi, pasukan IPD Muar yang diketuai Cif Inspektor Lim Aik Sin bermain begitu cemerlang sekali sehingga membuatkan pasukannya sukar untuk mendapatkan mata perlawanan.

“Tujuan utama perlawanan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat awam dengan pasukan polis dan ini secara tidak langsung akan menjalin kerjasama erat serta memahami bidang tugas polis dengan lebih mendalam.

Kunjung hormat ini juga adalah sebagai tanda semangat setiakawan dan penghormatan terhadap pasukan polis yang banyak mengawal keselamatan negara,”katanya.

Menurut Nor Azmi, sebelum ini pasukan Pemuda UMNO Lanchang telah banyak mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lain khususnya pasukan Polis termasuk perlawanan persahabatan dengan pasukan IPD Jasin baru-baru ini.

Sementara itu, Cif inspector Lim Aik Sin pula melahirkan rasa gembira kerana meskipun berlainan negeri dan daerah pentadbiran namun kesudian pasukan Pemuda UMNO Cawangan Lanchang untuk datang dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan IPD Muar adalah satu kebanggaan kepada pasukannya.

“Semoga hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Masyarakat Perlu Amalkan Gaya Hidup Sihat


Masyarakat di negeri ini disaran mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan amalan bersenam menjadi satu budaya kehidupan seharian mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Hasan Abd Rahman berkata amalan bersenam setiap hari bukan sahaja akan dapat menjamin kesihatan yang baik, malah akan dapat menceriakan kehidupan mereka setiap hari.

Menurut Hasan, sekiranya amalan bersenam diabaikan, ia dikhuatiri oleh menjejaskan kesihatan sekaligus boleh memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan sesebuah masyarakat.

“Justeru itu, saya berharap semua masyarakat akan dapat menjadikan amalan bersenam menjadi satu budaya dan amalan harian mereka demi memastikan kesejahteraan hidup berkekalan sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Gimnasium Rakyat dan sambutan Deeparaya Komuniti Bistari peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di Dewan Serbaguna Japerun Sungai Rambai, malam ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka, Mohd Nizam Omar, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Siti Syakirah Md Yazid; Timbalan Pengarah Pembela yang juga jurulatih kecergasan, Aziz Ahmad, Penghulu DUN Sungai Rambai, Ariff Ahmad dan Pengerusi Gimnasium Rakyat DUN Sungai Rambai, Khuzaimah Abdullah.

Beliau seterusnya berharap JBSN akan dapat membantu jawatankuasa Gimnasium Rakyat DUN Sungai Rambai dengan memberikan peruntukan yang sewajarnya manakala JKKK di DUN berkenaan akan dapat menarik lebih ramai penduduk menjadi ahli kelab Gimnasium berkenaan.

Anugerah DMSM Kepada Shah Rukh Khan GERAKAN BELIA 4B BIDAS SENIMAN

Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia meminta kontroversi berhubung penganugerahan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) oleh Kerajaan Negeri kepada aktres Bollywood, Shah Rukh Khan agar tidak terus dipolemikkan dan diperbesarkan lagi.

Sambil membidas tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mempertikaikan penganugerahan tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, Hassan Abdul Rahman dalam sidang medianya hari ini berkata, pertubuhan belia yang dianggotai kira-kira 300,000 ahli seluruh negara ini turut membuat pendirian menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri menganugerahkan DMSM kepada Shah Rukh Khan sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ke-70, 11 Oktober, lepas.

Hassan menegaskan, pendirian teguh tersebut diambil berikutan terdapat komen liar daripada pihak tertentu, termasuk Seniman yang mempertikaikan penganugerahan pingat tersebut oleh Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Mereka (Seniman) serta pihak-pihak tertentu yang sengaja memperbesar-besarkan penganugerahan tersebut sepatutnya menghormati keputusan Kerajaan Negeri kerana keputusan itu dibuat atas keperluan Kerajaan Negeri Melaka.

"Memandangkan Melaka telah diberi pengiktirafan oleh dunia melalui UNESCO, maka Melaka juga berhak untuk mengiktiraf mana-mana atau sesiapa yang dirasakan layak," katanya dalam satu sidang akhbar khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Hassan yang juga Timbalan Pengerusi GB4B Melaka dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri memberitahu, keputusan Kerajaan Negeri itu adalah relevan.

"Anugerah ini membolehkan Malaysia dan Melaka dipromosikan dengan lebih meluas dalam filem Bollywood secara percuma.

"Kita perlu belanja berjuta-jugta ringgit untuk promosi, tapi dengan penglibatan Shah Rukh Khan melalui penggambaran filem yang dibuat di A Famosa Resort dulu, kita dapat promosi percuma," katanya lagi.

Menurut Hassan, Seniman juga patut melihat penganugerahan pingat tersebut dari sudut pandangan yang positif dan global.

"Setakat ini, sejauh mana filem tempatan dapat menembusi filem antarabangsa dan di samping itu adakah Seniman mencalonkan ahli-ahlinya untuk terima anugerah.

"Oleh itu, Seniman tak harus mempertikaikan mengenai pingat, sebaliknya memperjuangkan nasib-nasib ahli untuk popular di peringkat global", tegasnya.

Hassan menegaskan, sebelum ini Kerajaan Terengganu juga pernah anugerahkan Datuk kepada tunang pelakon Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa, Datuk Micheal Yeoh.

"Kerajaan Terengganu beri Datuk kepada CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Ferrari, John Tort tapi apa sumbangan dia kepada Malaysia? kenapa tidak ada pihak yang mempertikaikannya termasuk Seniman?

"Oleh itu, jangan diperbesarkan isu ini lagi, banyak perkara lain yang boleh dibuat Seniman seperti bertindak sebagai agen bagi membangunkan ekonomi negara melalui bidang seni," katanya.

Kelmarin, Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof berkata, persatuan itu akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) berhubung penganugerahan tersebut.

Katanya, surat itu mewakili suara hati anak seni tempatan yang melihat penganugerahan pingat kebesaran kepada aktres berusia 43 tahun itu sebagai tidak relevan, malah mempertikaikan atas kriteria apa Shah Rukh Khan wajar menerimanya.

Melaka Janjikan Persembahan Terbaik pada SUKMA 2010


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Hasan Rahman bertekad mencurah segala pengalaman dan pengetahuan dalam memperkasa perkembangan dan pembangunan sukan di negeri Melaka dan Negara.

Menurutnya, dia juga akan berusaha memastikan Melaka akan Berjaya meraih dan mencipta sejarah sebagai penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) yang gemilang dan terhebat diadakan di negeri Hang Tuah pada 2010 kelak.

Baginya, cabaran sebagai tuan rumah akan disambut dengan penuh dedikasi terutama dalam usaha melonjak imej Melaka sebagai penganjur yang berkualiti dan dihormati.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Arena Sukan Aidilfitri di RTM Melaka (Melaka FM) bersama deejay Nazri Abu Bakar dan Azizi Shahril Abdul Razak Khalim.

Turut bersama beliau deajay Amitabh Hasan dan Shazrina Abd Rahim selain tetamu undangan pemain bolasepak Johor Aswad Md Arif dan Timbalan Presiden Hoki Melaka, Nor Azmi Ahmad.

Menurutnya, sokongan padu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan semua jabatan kerajaan dan swasta serta ahli exco nyata menyokong persediaan yang rapi Melaka sebagai tuan rumah SUKMA dua tahun lagi.

Baginya, beliau berharap, Melaka akan meraih kejayaan besar pada kesukanan itu kelak terutama sebagai membalas jasa masyarakat yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada kejayaan SUKMA.

Pada program berkenaan, Hasan turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada seluruh pendengar dan penduduk di Melaka menerusi luahan hati dan keikhlasan beliau.

Sementara itu, Azizi dan Nazri turut mengucapkan terimakasih kepada peminat Arena Sukan yang sentiasa member sokongan padu kepada program berkenaan yang disiarkan 12.30 tengahari setiap Sabtu.

Wednesday, September 24, 2008

UMNO Lanchang kacau dodol, masak bubur

Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Cawangan Lanchang baru-baru ini menganjurkan majlis gotong-royong memasak dodol dan bubur lambuk.

Ketua Wanita, Norhayati Ramly berkata, program pada hari tersebut mendapat kerjasama yang amat baik daripada penduduk setempat.

“Sokongan yang diterima daripada penduduk tempatan juga amat memberangsangkan.

“Saya amat berterima kasih di atas segala pertolongan dan kerjasama mereka yang sudi hadir menghulurkan bantuan dan bersama-sama bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk di masak pada hari ini,” katanya.

Kesemua bungkusan dodol dan bubur lambuk tersebut juga telah diagih-agihkan kepada penduduk di seluruh kampung, katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Cawangan, Nor Azmi Mahmood pula memberitahu, program gotong-royong ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan yang diadakan setiap kali Ramadan.

“Ia bagi mewujudkan suasana kerjasama dan saling bantu-membantu di samping mengeratkan lagi hubungan yang telah sedia ada di kalangan penduduk tempatan.

“Melalui program sebegini semangat kerjasama akan lebih terjalin di samping dapat menghidupkan semula suasana hidup bersatu-padu yang dilihat kian terhakis di kalangan masyarakat pada masa kini,” jelasnya.

Katanya, meskipun aktiviti gotong-royong ini diadakan pada bulan Ramadan, namun kemesraan dan keharmonian terjalin dalam melakukan kerja-kerja tersebut.

“Walaupun ia dilakukan pada bulan puasa, penduduk yang hadir menghulurkan bantuan tetap gembira dan sebuah jalinan ikatan kekeluargaan jelas terpancar sepanjang program ini berlangsung,” katanya.

Nor Azmi turut memberitahu, jika program ini mendapat sambutan daripada penduduk kampung, pihaknya turut merancang untuk mengadakan aktiviti sebegini pada tahun-tahun seterusnya.

“Di harapkan apabila aktiviti sebegini diadakan pada masa akan datang, budaya gotong-royong akan dapat diteruskan.

“Semangat kejiranan yang ditonjolkan akan memberi ruang kepada golongan belia khususnya untuk menyertai aktiviti seperti ini,” katanya.

Tuesday, September 23, 2008

GB4B Sokong Penuh ISA Masih Relevan, Tak Perlu DiPinda

Gerakkan Belia 4B(GB4B) Malaysia mengambil pendirian menyokong supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikekalkan mengikut cara dan kaedah yang sedia ada tanpa perlu dipinda.

GB4B berpendapat ISA yang sedia ada tidak perlu dikaji semula kerana ia masih releven, khusus untuk negara ini yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, Hassan Abd Rahman berkata, seluruh ahli GB4B bersetuju supaya ISA yang sedia ada dikekalkan kerana ia penting untuk menjaga keamanan dan kemakmuran negara.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Rambai berkata, ia juga akan dapat menggelakkan negara daripada menjadi kacau bilau dan huru-hara yang diakibatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Siapa yang takut dengan ISA bermakna mereka ada melakukan kesalahan kenapa perlu kita takut dengan ISA katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan majlis penyampaian anugrah Kelab Sukarelawan Sahabat Belia di Dewan Seri Negeri.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Omar Kaseh, Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Khairil Shukri Mohamad Tahier.

Menurut Hassan, tujuan kerajaan menggunkan ISA adalah untuk mengambil tindakkan terhadap merka yang bertindak di luar batasan undang-undang dan perlembagaan negara seperti mencabar kesucian agama islam, keistimewaan hak orang melayu, mencabar institusi raja-raja Melayu dan cuba menyekat azan di surau dan mesjid.

"Ini termasuklah mereka yang cuba menimbulkan ketenangan antara kaum; antara Melayu, cina dan India di negara ini dan ini seharusnya tidak patut lagi belaku dalam era selepas kita merdeka 51 tahun.

Katanya, seperti yang telah dipersetujui sejak dahulu lagi ketika penggubalan pelembagaan negara dilakukan, ia telah terima pakai oleh seluruh warganegara sehingga ke hari ini dan mengapa ia perlu dipertikaikan pada hari ini sehingga boleh menganggu gugat ketabilan dan keharmonian negara.

"Sebab itulah GB4B yang terdiri daripada 300,000 di seluruh negara berpegang teguh supaya ISA dikekalkan dan kita akan sentiasa bersama Kerajaan Mlaysia dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghancurkan negara dengan menimbulkan isu-isu dan sentimen perkauman termasuklah di kalangan orang melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa di negara ini.

Wednesday, September 17, 2008

Ahli GB4B sertai aktiviti sukarelawan

Program ‘Semarak Ramadan’ yang dianjurkan Gerakan Belia 4B Malaysia (GB4B) kawasan Jasin bersama Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) berjaya menarik penyertaan belia melakukan kerja-kerja sukarela bersempena Ramadan.

“Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan golongan belia ini diberikan peluang menyertai program sebegini yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Semangat kerjasama serta sukarelawan yang tinggi terpancar di kalangan ahli GB4B dan Sahabat Belia dan berjaya mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka,” kata Pengerusi GB4B kawasan Jasin, Mohd Nizam Omar

Katanya lagi, antara aktiviti dalam program itu adalah memasak bubur lambuk untuk diagihkan.

Mohd Nizam yang juga Pengarah Bahagian Sahabat Belia JKMM berkata, 100 ahli GB4B Jasin dan sukarelawan Sahabat Belia bertungkus-lumus memasak dua periuk bubur lambuk sebelum membungkusnya untuk diagihkan kepada pengguna jalan raya.

Majlis perasmian program tersebut disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman.

Majlis penutup pula disempurnakan Pegawai Daerah Jasin, Md Zin Mansor dengan menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

Turut hadir, Ketua Polis Trafik Ibu Pejapat Polis Daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd Zaki Ashar dan Setiausaha Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri, Abd Latif Mohamad.

Turut memeriahkan majlis ialah Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka, Mohd Faizal Hashim, Azman Abdullah, Bendahari GB4B Melaka, Razak Abu Hasan, Timbalan Pengerusi Penaja GB4B Kawasan Jasin, Zulkifli Kalil, Naib Pengerusi Wanita GB4B Jasin, Rohafiza Harun, Ketua Penerangan GB4B Kawasan Jasin, Ahmad Nazrie Samsir dan Pengerusi Tugas-tugas Khas GB4B Jasin, Mohd Izwan Md Nor.

Sementara itu, pada majlis berkenaan juga telah diadakan kempen memasang pelekat Pandu Ikut Lorong di hadapan bangunan GB4B di Bandar Jasin.

Menurut Mohd Nizam lagi, program memasang pelekat itu adalah sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati di jalan raya.

“Kami berharap pada masa hadapan program ini akan dapat disertai lebih banyak agensi kerana GB4B adalah badan bukan kerajaan yang sentiasa membantu kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat,” jelasnya.

Sunday, September 7, 2008

Kerajaan Negeri Bela Nasib Keluarga Malang

Episod sedih seorang ibu sarat mengandung bersama tiga anaknya akan berakhir apabila Kerajaan Negeri menyuarakan hasrat untuk membela nasib mereka.

Timbalan Pengerusi Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Hassan Abd Rahman mahu tindakan segera diambil bagi membantu Morni Mohd Refen 30 serta tiga orang anknya.

Hassan berkata mereka perlu dibantu segera bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. Tambahan pula Morni sudah hampir detik melahirkan.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri tiada masalah untuk membantu meringankan segala keperitan yang ditanggung oleh keluarga ini selama ini.

"Memandangkan ibu tersebut sudah hampir detik melahirkan anak, saya sarankan agar dia segera mendapatkan penyediaan pihak hospital manakala tiga orang anaknya akan di tumpangkan sementara di rumah kebajikan.saya harap pekara ini mendapat kelulusan segera.

"Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) diharap dapat melakukan lawatan segera ke rumah ibu ini memandangkan kes sebegini amat serius,"katanya ketika mengunjungi ibu terbabit di rumah sewanya di Kampung Sungai Putat.

Menurut Hassan lagi, apa yang penting seorang anak wanita malang yang berusia lapan tahun itu dapat meneruskan persekolahan secepat mungkin.

"Kita juga berharap pihak Jabatan Pelajaran Negeri dapat mengambil tindakkan drastik agar anak-anak Morni terbela dari segi pendidikan, katanya.

Episod malang wanita ini bermula setelah suaminya mengabaikan tanggungjawab dan tidak memberi nafkah. Mereka terpaksa mengharapkan insan jiran tertangga untuk mendapatkan sesuap nasi.

Lebih malang lagi, kelengkapan untuk melahirkan anak tidak dapat di sediakan sedangkan detik melahirkan sudah hampir.

Kisah wanita malang ini mendapat perhatian umum setelah disiarkan disebuah akhbar tempatan.

Hassan berkata semua agensi Kerajaan yang menjaga hal ehwal Kebajikan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seharusnya lebih peka dan bersikap telus terhadap permasalahan masyarakat seperti kes ini.

33 Tapak PPR Diluluskan Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri akan memastikan dasar 'Satu Keluarga Satu Rumah' bakal menjadi kenyataan menjelang 2010 dengan menyediakan perumahan di beberapa lokasi yang bersesuaian di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, untuk itu, pembinaan rumah mampu milik iaitu kos sederhana rendah dan kos rendah oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan Negeri (LPN) atau dengan kerjasama pihak swasta akan terus dipergiatkan.

Mohd Ali berkata, menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 33 tapak cadangan bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR), dimiliki sebanyak 28 tapak dan PPR disewa sebanyak lima tapak.

“Di samping itu, pada 2007, Jabatan Perumahan Negara telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM49.87 juta bagi pelaksanaan tiga projek PPR membabitkan 900 unit iaitu PPR Pulai (dimiliki) sebanyak 300 unit dengan kos RM16.18 juta.

“Turut dibina PPR Kelubi (dimiliki) sebanyak 300 unit dengan kos RM16.18 juta dan PPR Batu Berendam (disewa) sebanyak 300 unit dengan kos RM17.5 juta.

“Sehingga kini, kontraktor yang dilantik telah melaksanakan projek pembinaan di Batu Berendam, manakala projek di Pulai dan Kelubi akan dimasukkan dalam tempoh RMK-10,”katanya di majlis penyerahan kunci rumah Taman Seri Pertam Air Tawar Fasa 3 Merlimau, dekat sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Rambai, Hassan Abd Rahman; Pegawai Daerah Jasin, Md Zin Mansor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Kamarudin Md Shah.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pertam, Datuk Ashaari Ibrahim; Pengurus Besar Pertam, Mohd Nasser Selamat serta Pengerusi Northern Elevator Berhad, Othman Hussin dan Pengarah Urusan Northern Elevator Berhad, Loh Lay Coo.

Menurut Mohd Ali, pada tahun lalu, sebanyak 1,991 unit rumah kos rendah swasta siap dibina iaitu sebanyak 1,400 unit di daerah Melaka Tengah dan 591 unit di daerah Alor Gajah, manakala pada tahun ini sebanyak 156 unit rumah kos rendah siap dibina di Alor Gajah.

Katanya, sebanyak 3,353 unit rumah kos rendah sedang dibina pada tahun ini iaitu sebanyak 3,114 unit di daerah Melaka Tengah, 43 unit di Alor Gajah dan 196 unit di daerah Jasin.

“Ini bererti sejak 2007 dan 2008, sebanyak 5,800 unit rumah kos rendah telah dibina bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 3,490 unit rumah kos rendah dapat dibina menjelang 2010,”katanya.

Ujar beliau, jumlah itu adalah bagi menampung keperluan perumahan kos rendah berdasarkan kepada permohonan sistem pendaftaran terbuka (SPT) iaitu sebanyak 9,290 permohonan pada tahun 2004 hingga 2007.

Terdahulu, Pengarah Urusan Northern Elevator Berhad, Lim Beng Huan menerima Sijil layak Menduduki (CFO) untuk Taman Seri Pertam dari Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Kamarudin Md Shah.

Northern Elevator Berhad bekerjasama dengan Pertam dalam melaksanakan projek pembinaan rumah pada 3 Mei 2007 yang meliputi 106 unit rumah teres setingkat.

Daripada 106 unit yang dibina, 38 unit rumah Teres Intan dengan keluasan 22 X 70 kaki dan 68 unit rumah Teres Emas dengan keluasan 20 X 60 kaki yang dijual dengan harga antara RM87,000 hingga RM115,000 seunit.

Projek itu adalah fasa pertama daripada projek di kawasan seluas 7.2 hektar atau 18 ekar tanah yang dimiliki Pertam dan fasa kedua dijangka akan bermula pada Oktober ini membabitkan pembinaan rumah teres setingkat sebanyak 38 unit dan rumah teres dua tingkat sebanyak 72 unit.

Thursday, September 4, 2008

Melaka Bakal Miliki sekolah Sukan

Melaka akan membina sebuah Sekolah sukan Negeri(SSN), di stadium Hang Jebat, seawal 2009, sekiranya projek ini diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Perpaduan, Belia dan sukan Negeri,Hassan Abd Rahman berkata, projek pembinaan sekolah sukan ini, masih berada dalam proses perbincangan dengan pihak Kementerian bagi mendapatkan kelulusan secara rasmi.

"Penyerdiaan kertas kerja untuk sekolah ini telah bersetuju sepenuhnya mengenai projek terbabait.

"Kini, kita hanya tunggu keputusan daripada pihak kementerian pelajaran sahaja.

"Walaupun lokasi bagi perbinaan sekolah tersebut tidak di persetujui oleh pihak kementerian, tetapi Kerajaan Negeri tetap ingin meneruskan perancangannya untuk membina SSN, di Stadium Hang Jebat, katanya.

Tambahnya, matlamat utama sekolah tersebut di bina di situ adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan menyenagkan para pelajar untuk terus meningkatkan prestasi dalam bidang masing- masing.

"Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri akan memastikan sekolah yang akan dibina itu, mempunyai infastruktur yanglengkap dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian.

"Apa yang kita harapkan ,dengan kemudahan yang ada di stadium tersebut, dan sekolah sukan yang bakal didirikan itu, dapat melahirkan atlet muda yang berpotensi kearah menumbang pingat kepada negeri khususnya, dan kepada negara amnya, katanya.

Tuesday, September 2, 2008

Sekolah Sukan Melaka akan dibina tahun 2009

Timbalan Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan, Hassan Abd Rahman memberitahu, Melaka akan membina sebuah Sekolah Sukan Negeri (SSN), di Stadium Hang Jebat, seawal 2009, sekiranya projek pembinaan ini diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jelasnya, projek pembinaan sekolah sukan ini, masih berada dalam proses perbincangan dengan pihak kementerian bagi mendapatkan kelulusan secara rasmi daripada mereka.

“Penyediaan kertas kerja untuk sekolah ini telah pun disiapkan, malah kerajaan negeri sendiri telah bersetuju sepenuhnya mengenai projek terbabit.

“Kini, kita hanya tunggu keputusan dan kelulusan daripada pihak kementerian pelajaran sahaja.

“Walaupun lokasi bagi pembinaan sekolah tersebut tidak dipersetujui oleh pihak kementerian, tetapi kerajaan negeri tetap ingin meneruskan perancangannya membina SSN, di Stadium Hang Jebat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Tambahnya, matlamat utama sekolah tersebut dibina di situ bertujuan memberi kemudahan dan menyenangkan pelajar-pelajar untuk terus meningkatkan prestasi dalam bidang masing-masing.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan sekolah yang akan dibina itu, mempunyai infrastruktur yang lengkap dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian.

“Apa yang kita harapkan, dengan kemudahan yang ada di stadium tersebut, dan sekolah sukan yang bakal didirikan itu, dapat melahirkan atlet muda yang berpotensi ke arah menyumbang pingat kepada negeri khususnya, dan kepada negara amnya,” katanya

150 asnaf terima bantuan hari raya


Golongan fakir dan miskin mula menerima sumbangan berjumlah RM300 dan bantuan tambahan berupa beras sebanyak lima kilogram daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sejak semalam sehingga 9 September ini.

MAIM melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) menambah jumlah bantuan tahunan kepada penduduk fakir dan miskin di negeri ini berikutan peningkatan pembayaran zakat sektor korporat dan individu Islam.

Tahun ini, semua penerima bantuan dalam kelompok dua asnaf berkenaan menerima bantuan wang tunai bernilai RM300 berbanding RM200 sebelum ini dan bantuan tambahan iaitu beras sebanyak lima kilogram turut dihadiahkan MAIM kepada setiap penerima.

Ketua Kumpulan Penyerahan Bantuan Hari Raya MAIM 2008, Sidek Md Raus berkata, bantuan akan diserahkan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh wakil rakyat masing-masing.

"Bantuan itu adalah hasil kutipan zakat yang ditunaikan pelbagai pihak melalui PZM dalam tempoh setahun membabitkan ahli perniagaan, petani serta individu.

"Justeru, saya berharap dengan peningkatan jumlah bantuan itu sedikit sebanyak akan meringankan beban penerima menghadapi Ramadan seterusnya Aidilfitri kelak," katanya pada majlis penyerahan bantuan kepada 150 penerima di DUN Sungai Rambai, di Masjid Ayer Tawar, di sini semalam.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman.

Turut hadir, Penghulu kawasan, Arif Umar serta Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan DUN, Jalauddin Mamat.

Sementara itu, Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan negeri, berkata, dengan bantuan yang diberikan PZM setiap tahun itu membuktikan kerajaan telus dalam mengagihkan sumber zakat yang diterima daripada umat Islam itu.

Katanya, kata-kata sumbang daripada pihak tertentu yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak telus dalam soal pengagihan berkenaan adalah tidak benar dan wajar ditolak oleh masyarakat.

"Hari ini sudah terbukti kerajaan kita sekarang jujur dan telus. Jika tidak, tidak mungkin penerima boleh mendapat bantuan wang zakat setiap tahun, malah tahun ini ditambah RM100 lagi.

"Pandangan serong pihak tertentu terhadap pengurusan zakat di negeri ini adalah tidak benar dan semua penerima wajar menolak pendapat sebegitu rupa," katanya.

Sunday, August 17, 2008

Tingkatkan keselamatan Jeti Kuala Sebatu

Agensi kerajaan berkaitan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) digesa memberi perhatian serius pada masalah yang dihadapi para nelayan di Jeti Kuala Sebatu, Merlimau di sini, yang mendakwa jeti baru yang dibina agensi berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Rahman berkata, beliau sendiri telah meninjau keadaan jeti tersebut dan mendapati dakwaan penduduk itu benar.

"Saya sangat kesal kerana keadaan jeti batu yang baru dibina empat bulan lalu amat tidak sempurna dan boleh membahayakan keselamatan para nelayan jika terus digunakan tanpa penambahan ciri-ciri keselamatan.

"Kalau betullah jeti ini dibina dengan kos RM300,000 seperti yang didakwa penduduk, ia menimbulkan tanda tanya kerana dengan peruntukan sebanyak itu, sepatutnya jeti yang dibina lebih baik daripada apa yang ada sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan ditemui pemberita ketika melakukan lawatan ke jeti tersebut setelah menerima rungutan penduduk mengenai keadaan jeti sepanjang kira-kira 150 meter itu yang tidak sempurna dan selamat digunakan kerana cuma menyediakan dua tangga yang terpaksa dikongsi 60 nelayan.

Para nelayan mendakwa keadaan tersebut menyukarkan mereka untuk mendaratkan hasil tangkapan laut kerana terpaksa bergilir-gilir meletakkan bot di hadapan tangga batu yang disediakan dan ia terhad kepada dua bot sahaja pada satu-satu masa.

Jika tidak, mereka terpaksa memilih untuk membina tangga kayu sendiri setinggi kira-kira tiga meter walaupun menyedari bahaya yang menanti terutamanya kepada golongan nelayan warga emas.

Hasan berharap agensi kerajaan berkaitan dapat segera menambah ciri-ciri keselamatan di jeti tersebut sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini kepada keluarga nelayan dan penduduk yang berurusan di situ.

"Saya tengok lantai jeti ini juga nipis dan keadaan ini boleh membahayakan nyawa nelayan apatah lagi setelah saya melihat bilangan nelayan yang ramai iaitu 60 orang.

"Kalau seramai itu menggunakan jeti ini, tentulah ia memerlukan ciri-ciri keselamatan yang lebih ketat lebih-lebih lagi kawasan ini terletak agak jauh dari jalan utama yang akan menyukarkan kerja menyelamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Tambah beliau, beliau juga kesal kerana LKIM tidak memaklumkan kepadanya berhubung pembinaan jeti tersebut sebelum ini sehingga akhirnya mengundang rungutan para nelayan.

"Saya sendiri tidak dimaklumkan mengenai pembinaan jeti ini dan hanya mengetahuinya setelah ia sudah siap melalui nelayan di sini," tambahnya sambil berharap akan mendapat peruntukan segera bagi menambah ciri-ciri keselamatan di jeti tersebut.

Kerajaan Negeri Sediakan RM115 Juta Untuk Projek Sungai Rambai Baru

Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM115 juta untuk projek Sungai Rambai Baru menerusi pelan pembangunan Sungai Rambai Maju (SRM) yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin berkata, projek SRM antara lain membabitkan pembinaan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan taman perumahan seluas 15.616 hektar di Mukim Sungai Rambai di daerah Jasin.

"Pembangunan di Sungai Rambai itu dirancang sebegitu rupa memandangkan ia terletak di sempadan Johor yang menjadi pintu masuk utama pelancong dari selatan tanah air termasuk dari Singapura," katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Md Yunos berkata, lima kawasan baru SRM bakal dibangunkan membabitkan taman perumahan seluas 6.7 hektar, rumah kedai (0.184 hektar), R&R (3.8 hektar), stesen minyak (1.2 hektar) dan infrastruktur lain (3.8 hektar) dengan nilai tanah RM8.5 juta.

"Mengikut pecahan projek, kawasan R&R akan menelan belanja RM11.3 juta, manakala bagi perumahan dan rumah kedai membabitkan kos RM39.5 juta," katanya.

Antara komponen yang dicadangkan dalam draf pembangunan berkenaan ialah 120 unit rumah teres dua tingkat, 68 unit rumah berkembar, 13 unit rumah kedai dua tingkat, 44 unit lot rumah banglo, satu lot stesen minyak dan dua lot kawasan R&R yang akan dibina bersebelahan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin.

Md Yunos juga berkata, kerajaan negeri bercadang membesarkan pembangunan pelabuhan pusat pertukaran barang di Sungai Rambai dengan membabitkan keluasan tambahan 21.6 hektar dengan kos berjumlah RM44 juta, termasuk kos pengambilan tanah yang bernilai RM12 juta.

Katanya, antara komponen yang dicadang untuk dibangunkan di kawasan berkenaan adalah dua unit pejabat pengurusan di atas tapak seluas 1.3 hektar dan membina 55 unit rumah banglo, 86 rumah berkembar, 97 rumah teres dan 34 rumah kedai.

"Bagi infrastruktur dan kemudahan awam, kerajaan negeri bercadang menyediakan satu unit pencawang masuk utama elektrik di kawasan berdekatan selain membina kawasan lapang untuk kemudahan letak kenderaan seluas 0.716 hektar dan membina jalan membabitkan tanah seluas 6.8 hektar," katanya.

Tuesday, August 12, 2008

Belia Dari DUN Sungai Ramabi Sertai Khidmat Masyarakat

Seramai 103 belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai menyertai Program Khidmat Masyarakat di Parit Penghulu dekay sini baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Rakan Muda itu dirasmikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan turut dihadiri Pengerusi Kelab Rakan Muda daerah Jasin, Mohd Rashidi Mohd Hata.

Menurut Mohd Rasidi, Rrogram yang di adakan itu telah berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi kesedaran kepada peserta yang terdiri daripada golongan belia di dalam kawasan DUN Sungai Rambai.

Katanya lagi, disamping menyertai beberapa acara yang telah disusun, peserta juga turut mengambil bahagian program khidmat masyarakat kepada penduduk di parit penghulu.

"Pelbagai program amal telah dijalankan sepanjang kami berada di sini termasuk membersihkan kawasan rumah warga emas,membantu membersihkan rumah ibu tunggal dan orang miskin.

"Di samping itu, kami juga turut membersihkan kawasan perkuburan dan masjid bersama-sama dengan penduduk tempatan,"jelasnya semasa dalam ucapan majlis penutupan program tersebut di sini.

Sementara itu, Ahmad memuji dengan semangat kerjasama dan sukarelawan yang dimiliki oleh setiap ahli kelab tersebut dan berharap ianya akan dapat diteruskan bagi menjadikan golongan belia di kawasan Parlimen Jasin mempunyai wawasan tinggi.

"Saya juga berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan di masa hadapan dan Kelab Rakan Muda ini sendiri menyediakan peluang dan ruang golongan muda untuk mereka menabur bakti kepada golongan yang kurang berkemampuan.

"Jika sebelum ini golongan belia sering dikaitkan dengan isu masalah sosial, tetapi pada kali ini kita melihat sendiri isu yang dikaitkan sebenarnya tidak membabitkan semua belia,"Katanya.

KEMM berjaya rangkul Piala ADUN Sungai Rambai


Kelab Media Massa Melaka (KEMM) mengungguli perlawanan bola sepak bagi merebut piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman apabila menang dengan lambungan duit syiling selepas kedudukan terikat 3-3 dengan pasukan lawan iaitu Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai, baru-baru ini.

Perlawanan yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai itu menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan yang masing-masing menampilkan beberapa pemain berkaliber termasuk beberapa pegawai kanan Kompleks Japerun Sungai Rambai iaitu Setiausahanya, Jalauddin Mamat dan Setiausaha Korporat, Hussin Mohamad.

Sementara KEMM membariskan pemain yang terdiri daripada pengamal media di negeri berkenaan termasuk Badrul Hizar Abd Jabar dari Berita Harian; Meor Riduan Meor Ahmad (Harian Metro); Abd Malex Yahya (The Star); Nashairi Md Nawi (jurugambar NSTP); Mohd Sharil Rosli (Bernama); Mohd Raffi Bachik (TV9) dan Nazri Abu Bakar (Harian Metro).

Hasan yang juga Timbalan Exco Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan negeri berkata, acara sukan seumpama itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan hubungan setiakawan antara kakitangan Japerun Sungai Rambai dengan pengamal media dapat diteruskan.

“Saya berbangga pihak media dapat memenuhi undangan kami dan saya rasa ia wajar diteruskan supaya hubungan baik ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Hasan (empat, kiri berdiri) bersama pasukan KEMM selepas menyampaikan hadiah kepada pemain.

Monday, August 11, 2008

Belia disaran tonjol sifat kepimpinan

Belia-belia disarankan supaya dapat menanam sifat-sifat kepimpinan terutama sekali di dalam usaha membantu kerajaan mengukuh serta membantu membangkitkan semangat yang erat di antara sesama mereka.

Menurut Pengerusi Kelab Rakan Muda Jasin, Mohd Rashidi Mohd Hata, sifat kepimpinan ini penting dalam usaha memberikan kesedaran serta kefahaman kepada golongan belia terutama kepada mereka yang masih menuntut di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta (IPTA/IPTS).

“Kesedaran dan kefahaman ini penting kerana golongan belia bakal menggantikan pemimpin yang sedia ada pada masa hadapan.

“Golongan ini juga memainkan peranan dalam usaha kita menggerakkan jentera dan tenaga muda ini sebagai golongan yang sesuai kepada perubahan sosial.

“Kita mahu masyarakat setempat mengubah persepsi mereka yang sebelum ini menganggap golongan ini sering terlibat dengan gejala sosial agar mengubah persepsi sedemikian dengan menganggap golongan ini sebagai pemangkin perubahan sosial di sesuatu kawasan,” katanya kepada Sinar Harian semasa majlis penutupan Program Khidmat Masyarakat anjuran Kelab Rakan Muda Jasin dan DUN Sungai Rambai.

Tambahnya, belia seharusnya tahu akan peranan serta tanggungjawab masing-masing dalam mencorak masa depan mereka kerana mereka merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

“Kita mahu membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan kepada ilmu pengetahuan yang disalurkan oleh golongan belia ini kepada masyarakat desa.

“Melalui penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada peserta agar mereka akan terus berbakti kepada masyarakat desa di masa hadapan kelak,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini seperti membersihkan kawasan rumah warga emas, ibu tunggal dan orang miskin serta membersihkan kawasan kubur dan persekitaran masjid bersama-sama dengan masyarakat setempat.

Turut hadir dalam program tersebut, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dan 103 belia yang tinggal di kawasan Parlimen Jasin.

Sunday, August 10, 2008

RM115j untuk projek Sungai Rambai Baru

Sejumlah RM115 juta disediakan untuk projek Sungai Rambai Baru menerusi pelan pembangunan Sungai Rambai Maju (SRM) yang bakal dilaksanakan kerajaan negeri dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, berkata projek SRM antara lain membabitkan pembinaan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan taman perumahan seluas 15.616 hektar di Mukim Sungai Rambai di daerah Jasin.

Katanya, pembangunan di Sungai Rambai itu dirancang sebegitu rupa memandangkan ia terletak di sempadan Johor yang menjadi pintu masuk utama pelancong dari selatan tanah air termasuk dari Singapura.

Katanya, lima kawasan baru SRM bakal dibangunkan membabitkan taman perumahan seluas 6.7 hektar, rumah kedai (0.184 hektar), R&R (3.8 hektar), stesen minyak (1.2 hektar) dan infrastruktur lain (3.8 hektar) dengan nilai tanah RM8.5 juta.

Beliau berkata, mengikut pecahan projek, kawasan R&R akan menelan belanja RM11.3 juta, manakala bagi perumahan dan rumah kedai membabitkan kos RM39.5 juta.

Antara komponen yang dicadangkan dalam draf pembangunan berkenaan ialah 120 unit rumah teres dua tingkat, 68 unit rumah berkembar, 13 unit rumah kedai dua tingkat, 44 unit lot rumah banglo, satu plot stesen minyak dan dua plot kawasan R&R yang akan dibina bersebelahan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin.

Md Yunos juga berkata, kerajaan negeri bercadang membesarkan pembangunan pelabuhan pusat pertukaran barang di Sungai Rambai dengan membabitkan keluasan tambahan 21.6 hektar dengan kos berjumlah RM44 juta, termasuk kos pengambilan tanah yang bernilai RM12 juta.

Katanya, antara komponen yang dicadang untuk dibangunkan di kawasan berkenaan adalah dua unit pejabat pengurusan di atas tapak seluas 1.3 hektar dan membina 55 unit rumah banglo, 86 rumah berkembar, 97 rumah teres dan 34 rumah kedai.

"Bagi infrastruktur dan kemudahan awam, kerajaan negeri bercadang menyediakan satu unit pencawang masuk utama elektrik di kawasan berdekatan selain membina kawasan lapang untuk kemudahan letak kenderaan seluas 0.716 hektar dan membina jalan membabitkan tanah seluas 6.8 hektar," katanya.

Monday, August 4, 2008

Lulus Tiga Usul Babitkan Masa Depan Golongan Belia

Majils Perundingan Belia (MPB) Peringkat daerah Melaka Tengah yang berlansung hari ini meluluskan tiga usul untuk di bawa ke Majlis MPB Peringkat negeri yang akan di adakan pada pertengahan Ogos ini.

Pengerusi Bersama MPB Daerah Melaka Tengah, Abd Razak Abu berkata, usul pertama yang akan dibawa itu ialah meminta kerajaan negeri memberi petimbangan supaya pemimpin belia di negeri ini diberi tempat dan jawatan di dalam agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, usul kedua ialah meminta kerajaan memberi pertimbangan kepada golongan belia yang aktif termasuk yang menjadi ahli persatuan belia mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam dan swasta(IPTA/S) di negara ini.

Katanya, usul yang ketiga pula memberi peluang permohonan pekerjaan yang terdapat di negeri ini kepada ahli belia yang aktif dalam usaha untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

"Ketiga-tiga usul ini telah di persetujui oleh ahli MPB yang bersidang hari ini dan akan dibawa ke persidangan MPB peringkat negeri yang akan berlansung sebelum akhir ogos ini"Katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas majlis perasmian MPB peringkat Daerah Melaka Tengah oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Kebajikan perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Hasan Abd Rahman di sebuah resot di sini.

Hadir sama pada majlis itu,Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN)Abd Manap Abd Rahman; Pegawai Daerah JBSN, Fauzi Mohamad; Pengerusi Bersama MPB Daerah Melaka Tengah, Razak Abu dan Pengarah Bahagian Sahabat Belia JKMM, Mohd Nizam Omar.

Terdahulu, dalam ucapan Perasmian, Hasan menyeru supaya semua belia di negeri ini mempunyai kesedaran dalam politik kerana ia bakal menjadi penentu haluan negara di masa hadapan.

Menurut Hasan,peranan golongan belia hari ini kini tidak dapat dinafikan dan mereka telah membuktikan peranan mereka dalam Pilihan ?Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Biarpun ada sesetengah pihak menyatakan, bahawa golongan belia tidak menyokong kerajaan, saya tetap dengan pendirian saya bahawa golongan belialah yang telah banyak membantu kejayaan kerajaan dalam PRU yang lalu, Katanya.

Perkampungan Ilmu bantu tingkatkan pencapaian pelajar

Program Kecemerlangan Pelajar Perkampungan Ilmu 2008 yang diadakan di Kem Modal Insan baru-baru ini bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian akademik terutamanya anak-anak pekebun kecil.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, objektif perkampungan ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan dengan mengikut kehendak soalan.

“Di samping itu, para pelajar juga akan mendapat keyakinan diri bagi menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

:“Pihak penganjur seperti Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Jasin dan Japerun Sungai Rambai sendiri mahu membantu meningkatkan peratusan kualiti dan kuantiti kejayaan dalam mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini,” katanya dalam ucapan perasmian penutup program ini.

“Bidang pendidikan juga turut menjadi agenda utama di DUN Sungai Rambai dalam memastikan para calon SPM mendapat keputusan cemerlang.

“Jika sebelum ini perkampungan bagi murid-murid yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) sudah diadakan, kini perkampungan SPM pula diadakan bagi memberi pendekatan kepada pelajar dalam masa terdekat,” ujarnya.

“Kita juga bersetuju untuk menjadikan DUN ini sebagai perkampungan ilmu dan tidak lama lagi kita bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara pihak Universiti Selangor (Unisel) bagi memberi peluang dalam menaik taraf pendidikan para pemimpin tempatan, JKKK serta ketua cawangan.

“Kita mahu menyelaraskan sistem pendidikan mereka dan walaupun mereka belajar setakat tahun enam tetapi dengan ilmu serta pengalaman yang mereka peroleh, ia boleh memberikan pengiktirafan kepada mereka mengikut masa berkhidmat,” jelasnya lagi.

Tuesday, July 29, 2008

216 demam

Penduduk di kawasan Sungai Rambai, dekat sini, gempar sekali lagi apabila seramai 216penduduk di situ mendakwa mengalami demam sejak seminggu lalu dan mereka mengaitkannya dengan jangkitan demam Chikungunya.

Angka itu dikumpul menerusi usaha Jawatankuasa Penyelaras Dewan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai yang bertindak membuka Bilik Gerakan 24 jam memantau perkembangan penyakit itu selepas mendapat banyak aduan daripada penduduk dari lapan kampung di situ yang bimbang kemungkinan penularan virus itu.

Petugas di Japerun turut membuat lawatan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah mengumpul data penduduk yang mengalami demam bagi memastikan sama ada ia mempunyai kaitan dengan virus demam Chikungunya.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin (PKDJ) mengesahkan menerima maklumat daripada Japerun Sungai Rambai, semalam bagaimanapun, menjelaskan demam yang dialami penduduk itu masih tidak boleh dikaitkan akibat jangkitan penyakit Chikungunya.

Pegawai Kesihatan Daerah Jasin, Dr Rusdi Abd Rahman, berkata penduduk yang mendakwa mengalami demam itu perlu menjalani pemeriksaan di klinik serta hospital kerajaan berhampiran.

Katanya, penyakit yang dialami mereka hanya boleh disahkan sama ada berkaitan dengan virus Chikungunya atau sebaliknya, sekiranya ujian darah dilakukan.

“Kita akan menjalankan pemeriksaan terhadap mereka terlebih dulu. Sepanjang minggu lalu saya hanya boleh mengesahkan seramai enam penduduk di Sungai Rambai yang berusia di antara 10 dan 70 tahun disyaki dijangkiti penyakit Chikungunya berdasarkan simptom,” katanya

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Norpipah Abdol, turut meluangkan masa melawat dua pesakit itu.

Kematian bukan akibat demam


Teka-teki mengenai kematian seorang pekebun sawit, Buang Sungit, 56 yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM) baru-baru ini terjawab apabila pihak hospital mengesahkan pesakit meninggal dunia bukan disebabkan demam atau demam Chikungunya.

Dalam satu laporan yang dihantar kepada Hospital Jasin, kematian pesakit dikatakan mempunyai sejarah jangkitan pada jantungnya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mengenai kematian Buang yang dikuatiri akibat demam Chikungunya dan kematian tersebut telah mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar apabila ia dikaitkan dengan demam Chikungunya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Norpipah Abdol semalam mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai dan ke beberapa rumah penduduk sekitar yang disyaki terlibat dengan demam Chikungunya.

Menurut Norpipah, pihak Jabatan Kesihatan telah pun membuat beberapa semburan kabus untuk menghapuskan nyamuk Aedes di beberapa tempat yang mempunyai bilangan pesakit yang disyaki terlibat dengan kes Chikungunya, termasuk di Kampung Telok Gong dan Kampung Parit Perawas.

“Penduduk sekitar tempat ini dijarap dapat mengadakan gotong-royong di kawasan kediaman mereka bagi memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Di samping itu, kita juga ingin menasihatkan penduduk agar segera ke hospital jika mempunyai tanda-tanda Chikungunya,” katanya kepada Sinar Harian.

Turut serta pada lawatan tersebut ialah Pegawai Kesihatan Daerah Jasin, Dr. Rusdi Abd Rahman, ADUN Bemban, Chua Kheng Hwa, Pegawai Kesihatan daerah kedua, Dr. Aslinda Ahmad, Pegawai Pendidikan Kesihatan negeri Melaka, Rebecca Soh dan Pegawai Sains Kaji Serangga negeri Melaka, Latipah Omar.

Di dalam lawatan tersebut, Norpipah juga sempat mengedarkan risalah mengenai Aedes dan cara-cara untuk mencegahnya kepada penduduk di sini.

Monday, July 28, 2008

Pertambahan Kes Wabak Chikungunya -ADUN Sungai Rambai Buka Bilik Gerakan

Seramai 28 penduduk di kawasan Sungai Rambai dekat sini, telah disyaki menghidap demam 'Chikungunya' yang berpunca daripada virus bawaan nyamuk Aedes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, sehingga Kampung Seri Mendapat Lancang antara kampung yang mencatatkan kes tertinggi mempunyai suspek yang dijangkiti wabak itu.

"Ekoran wabak tersebut, sebuah bilik gerakan telah dibuka di Kompleks Japerun Sungai Rambai, bagi mengatasi masalah wabak itu sejak pagi tadi.

"Sehingga kini, kerja-kerja fogging sedang dijalankan di kawasan Kampung Tasek dan pemantauan akan sentiasa dibuat dari masa ke semasa, selain memasukkan air ke dalam badan bagi mereka yang disyaki menghidap wabak ini," katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Kata beliau, kampung-kampung yang telah difogging adalah Kampung Jalan Cap Tangan, Kampung Parit Sidang Seman, Kampung Parit Penghulu dan Kampung Parit Putat.

Berikutan wabak yang semakin meningkat itu, semalam, Hasan telah melawat waris mangsa yang meninggal dunia akibat disyaki menghidap demam Chikungunya.

Buang Sungit, 56, meninggal dunia dua jam selepas di hantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM), kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Kematian mangsa telah mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk sekitar kawasan tersebut apabila ia dikaitkan dengan penyakit demam Chikungunya itu, kata Hasan.

Bagaimanapun, melalui surat kematian yang dikeluarkan oleh pihak hospital, punca kematian Buang dipercayai disebabkan jangkitan kuman tahap dua dalam darah (septicaremia shock 2nd atypical infection) serta kegagalan fungsi pada buah pinggangnya(renal impairement).

Sementara itu, isteri mangsa, Kamariah Amran, 51, ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tasek, Parit Pelawas dekat sini, meluahkan rasa sedih dengan kematian suaminya secara mengejut dan tidak menyangka demam yang dihidapi suaminya selama tiga hari itu boleh membawa maut.

“Saya tidak percaya demam yang dihidapi arwah sejak Khamis lalu, membawa maut dengan begitu cepat, bagaimanapun saya redha dengan kematiannya,” katanya.

Jelas beliau, suaminya yang dibawa ke sebuah klinik swasta berhampiran telah diberi suntikan terlebih dahulu, sebelum dirujuk ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai.

“Pegawai di klinik tersebut kemudiannya mendapati, suami saya dalam keadaan tenat dan terus menghantarnya ke Hospital Muar, tetapi selepas dua jam dirawat, doktor di hospital terbabit mengesahkan suami saya telah meninggal dunia,” jelasnya dalam keadaan sebak.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abd Latif Ahmad; ketika melawat Hospital Jasin, mengesahkan terdapat enam kes demam Chikungunya di kesan berlaku di negeri ini membabitkan kawasan Tangkak dan Muar sejak tiga minggu lalu.

Sehingga semalam, terdapat peningkatan dua kes daripada enam kes yang membabitkan deman Chikungunya dilaporkan dan dua kes darinya disyaki berlaku di kawasan Nyalas dan Chinchin dekat sini.

Dikhuatiri maut akibat Chikungunya

Seorang pekebun sawit, Buang Sungit, 56, meninggal dunia kelmarin, dua jam selepas dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM) kira-kira jam 6.30 petang.

Kematian tersebut mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar apabila ia dikaitkan dengan penyakit demam Chikungunya.

Surat kematian yang disediakan pihak hospital menyatakan punca kematian Buang adalah disebabkan jangkitan kuman tahap dua dalam darah (septicaremia shock 2nd atypical infection) serta kegagalan fungsi pada buah pinggang (renal impairement).

Isteri mangsa, Kamariah Amran, 51 ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Tasek, Parit Pelawas yang masih bersedih dengan kematian suaminya secara mengejut, tidak menyangka demam panas yang dihidapi suaminya selama tiga hari boleh membawa maut.

“Saya tidak percaya demam yang dihidapi oleh arwah semenjak Khamis lalu membawa maut dengan begitu cepat tetapi saya reda dengan kematiannya,” katanya.

Tambah beliau lagi, sebelum itu, suaminya dibawa ke sebuah klinik swasta dan mendapat suntikan sebelum dirujuk kepada Klinik Kesihatan Sungai Rambai.

“Pegawai di klinik tersebut kemudiannya mendapati suami saya sudah tenat dan menghantar arwah ke Hospital Muar tetapi selepas dua jam dirawat pada hari tersebut, doktor di hospital terbabit mengesahkan suami saya telah meninggal dunia,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman menggesa Jabatan Kesihatan mengambil tindakan segera di samping dapat memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai bahaya penyakit Chikungunya.

“Kita menggesa supaya mereka dapat mengambil beberapa tindakan drastik dalam usaha menangani masalah ini. Kita tidak mahu melihat ada lagi berlaku kematian disebabkan penyakit ini dan kita juga tidak mahu apabila berlaku kematian baru hendak bertindak. Kita sepatutnya mencegah ia daripada merebak.

“Oleh itu, diharapkan pihak Jabatan Kesihatan daerah dapat mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan para pegawainya turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk di DUN ini,” katanya ketika menziarahi keluarga mangsa.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Abd Latif ketika melawat ke Hospital Jasin mengesahkan enam kes demam Chikungunya di kesan berlaku di negeri ini dan Tangkak, di Muar sejak tiga minggu lalu tetapi keadaan keseluruhannya disahkan masih terkawal meskipun pelbagai khabar angin mengatakan sebaliknya.

Sehingga semalam, dilaporkan terdapat peningkatan dua kes daripada enam kes yang membabitkan deman Chikungunya.

Terbaru dilaporkan terdapat dua kes yang disyaki membabitkan kawasan Nyalas dan Chinchin.

Chikungunya: Penduduk usah panik

Jabatan Kesihatan negeri sekali lagi mengingatkan penduduk khususnya di sekitar Sungai Rambai supaya tidak panik dengan khabar angin menularnya wabak Chikungunya di daerah berkenaan.

Ini berikutan selepas mereka cemas mengenai laporan kematian seorang warga emas yang dikaitkan dengan virus itu, kelmarin, berita mengenai penyebaran wabak itu makin hangat diperkatakan apabila dua lagi penduduk dirawat di Klinik Kesihatan Sungai Rambai kerana disyaki dijangkiti virus itu, semalam.

Pemangku Pengarahnya, Dr Ghazali Othman ketika dihubungi mengesahkan bahawa biarpun ramai penduduk yang mengalami deman mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital, hanya lapan disahkan positif dijangkiti virus Chikungunya setakat ini.

Menurutnya, pengesahan dua lagi mangsa berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima laporan analisis sampel darah pada 22 Julai lalu, iaitu sehari selepas, lawatan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abd Latif Ahmad ke Hospital Jasin.

“Sebelum ini, hanya enam penduduk yang mendapat rawatan disahkah positif mengalami deman Chikungunya. Namun selepas kami menerima laporan analisis makmal, dua lagi kes disahkan positif, menjadikan jumlah penduduk yang dijangkiti virus ini adalah seramai lapan orang. Dua kes itu masing-masing satu dari Bandar Baru Jasin dan satu dari Nyalas,” katanya.

Dr Ghazali berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan terbaru mengenai virus itu selain mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri mengambil langkah pencegahan awal segera termasuk memeriksa dari rumah ke rumah dan melakukan semburan kabus.

Sementara itu, berikutan kebimbangan memuncak penduduk mengenai penularan virus, Jawatankuasa Penyelaran Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun), Sungai Rambai bertindak menubuhkan bilik gerakan bagi memantau kes virus Chikungunya itu berkuat kuasa semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Hassan Abdul Rahman berkata, bilik gerakan itu dwujudkan sebagai langkah pencegahan awal untuk mengesan penduduk yang dijangkiti virus itu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan berkata, pihaknya amat kecewa kerana Jabatan Kesihatan negeri hanya mengambil tindakan selepas kes berlaku

Tanaman Pokok Bakau Elak Hakisan Pantai

Sebanyak 3,300 benih pokok bakau telah ditanam di pesisiran pantai sepanjang kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sungai Rambai di sini.

Tanaman benih pokok bakau itu merupakan projek printis dilakukan Jabatan Perhutanan Melaka serta Pejabat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman; pada projek perintis melibatkan sebanyak 3,300 benih pokok bakau itu telah pun ditanam di sepanjang kasawasn pesisiran pantai seluas tiga hektar.

"Diharap peruntukkan penanaman itu dapat diteruskan sepanjang pesisiran pantai di kawasan negeri Melaka khususnya di kawasan DUN yang paling banyak mempunyai hutan bakau," katanya selepas menanam benih pokok bakau itu di Jeti Kuala Kampung Sebatu di sini.

Tambah beliau, tanaman pokok bakau itu penting dalam usaha kerajaan sekarang berkempen menghijaukan bumi ini, selain itu juga berfungsi sebagai penahan belakunya hakisan tanah.

"Melalui pokok-pokok bakai ini, ia turut berfungsi sebagai penahan ombak yang boleh menyebabkan keadaan di pesisiran pantai rosak akibat hakisan tanah,jelasnya lagi.

Menurut beliau, keadaan pesisran pantai yang amat cantik seharusnya dijaga bagi memastikan pewaris serta generasi akan datang turut berpeluang menikmati keindahan yang sedia ada.

"Apa yang penting keindahan yang kita miliki pada hari ini, dapat kita menjaganya dengan sebaik mungkin bagi memastikan anak muda di masa hadapan turut berpeluang melihat dan menikmati segala kemudahan serta keindahan yang kita miliki sekarang ini,"katanya.

"Semantara itu, Pegawai Hutan negeri Melaka,Khairudin Perdana berkata,projek perintis yang di adakan di kawasan persisiran pantai DUN Sungai Rambai ini merupakan sebahagian daripada projek Rancangan Malaysi Kesembilan(RMK-9) yang telah menelan belanja sebanyak RM100,000.

"Adalah menjadi dasar kerajaan selepas tragedi tsunami sejak beberapa tahun lalu untuk mewujudkan banyak tempat perlindungan hutan bakau di negara ini, malah kita juga sedang merancang untuk menambah lebih banyak tanaman pokok bakau di sekitar kawasan di tepi pantai di negeri ini,"katanya.

Sunday, July 27, 2008

Beri Peluang Masyarakat Hayati Kamdungan Al-Quran

Sebuah Akademi Al-quran yang menyerupai Pusat Pengajian Al-Quran di Mesir, akan diwujudkan di sungai Rambai dekat sini dalam tempoh dua bulan lagi.

Akademi yang diwujudkan itu adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat Islam mendalami pembacaan dan pengetian isi kandungan kitab al-quran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kawasan Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, akademi yang dijangka siap akhir bulan depan itu akan mempunyi pelbagai kemudahan pembelajaran seperti kelas tahfi, tafsir, taranum serta pembacaan bagi masyarakat pelbagai usia.

Hasan memberitahu, semua pegawai syarak dalam kawasan Dewan Ungangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, sudah bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam mengendalikan akademi itu sambil dibantu beberapa pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM).

"Beberapa kawasan yang sesuai untuk dijadikan Akademi Al-Quran ini sudah dikenal pasti, antaranya di Parit Putat dan Parit Sidang Seman, cuma kita masih menunggu kelulusan dari JAIM bagi membolehkan akademi itu beroperasi.

"Dalam tempoh yang sama,saya bersama pegawai syarak serta beberapa pegawai Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai,sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kunjungan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam tempoh terdekat bagi membincangkan pekara berkenaan,"katanya.

Menurut Hasan, dengan adanya Akademi Al-Quran itu nanti, ia akan dapat menjadikan tempat melahirkan lebih ramai qari dan qariah di negeri ini dan lebih penting, ia dapat menjadikan umat Islam memahami dan mengisi isi kandungan kitab suci itu

Sukan Permotoran 4X4 Kerajaan Dicadang Bina Trek


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Hasan Abdul Rahman bercadang untuk mengemukakan idea kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah trek bagi sukan permotoran 4x4.

Beliau turut bercadang untuk mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk membina trek sukan bermotor supaya aktiviti sukan itu diadakan di trek yang lebih mencabar.
"Trek yang sedia ada di tengah bandar, di Cheng ini dilihat agak terhad dan sebagai tanda sokongan terhadap sukan lasak dan mencabar ini, saya akan mengemukakan idea kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Jambori 4x4 2008, Anjuran Kelab Sukan Bermotor 4x4 Melaka di Taman Teknologi Cheng, di sini, hari ini.

"Kegiatan sukan ini juga patut disusun dengan lebih baik dan berdisiplin supaya ia dapat dilihat sebagai satu sukan yang sihat dan memberi kesan yang positif kepada orang ramai," katanya lagi.

Menurut Hasan, jambori yang diadakan buat kali ketujuh di Melaka itu juga merupakan salah satu usaha mempopularkan sukan pelancongan di Melaka.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Sukan Bermotor 4x4 Melaka, Lim Choo Hock pula berkata, program yang dipertandingkan melibatkan 50 buah kenderaan 4x4 dengan 100 orang peserta.

"Jambori atau pertandingan ini disertai oleh peminat-peminat sukan bermotor 4x4 dari Melaka, Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Thailand dan juga Singapura," katanya.

Beliau berkata, terdapat dua kategori pertandingan iaitu Kelas A: 2401 CC ke atas dan Kelas B: 2401 CC ke bawah.

"Tapak yang sedia ada di bina menelan belanja sebanyak RM30,000 yang terletak di Cheng ini mempunyai tujuh trek cabaran untuk menguji tahap kecekapan pemanduan peminat sukan ini," katanya lagi.

Jambori yang diadakan selama tiga hari bermula semalam itu melibatkan kos kira-kira RM50,000 dan jumlah keseluruhan hadiah pula bernilai RM30,000.

Cessna bakal mendarat di Landasan Sungai Rambai selepas dinaik taraf

Taman landasan pesawat ringan Sungai Rambai, di sini bakal termaktub dalam peta dunia apabila ia dinaikkan taraf tidak lama lagi bagi membolehkan pesawat ringan seperti Cessna dapat mendarat di landasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Hasan Rahman berkata, pihaknya telah membuat permohonan berhubung perkara itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sejak enam bulan lalu dan masih menunggu kelulusan pihak berkenaan.

Menurutnya, sekiranya diluluskan kelak, ia bakal melonjakkan nama Sungai Rambai di pentas antarabangsa, sekali gus memperkenalkan daerah itu sebagai salah satu destinasi tumpuan utama para penggemar sukan udara dari dalam dan luar negara.

''Ia bersesuaian dengan statusnya yang menjadi lokasi penganjuran Karnival Udara Sungai Rambai yang diadakan secara tahunan sejak tiga tahun lalu dan menarik banyak penyertaan luar negara seperti Australia dan Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Hasan menjelaskan taman landasan itu merupakan milik Kelab Belia 4B Malaysia dan telah diwartakan sebagai pusat latihan penerbangan ringan yang membolehkan mana-mana pesawat ringan diterbangkan sehingga 1,000 kaki di udara serta sejauh lingkungan radius 10 kilometer.

Taman penerbangan itu menyediakan landasan berumput sejauh 10 meter dan mempunyai hangar serta kawasan berbumbung bagi tujuan operasi pentadbiran.

Kata Hasan, kemudahan landasan berumput itu telah ditetapkan oleh DCA dan bersesuaian dengan kegunaannya bagi pesawat ringan seperti mikrolight.

Ujar beliau, taman landasan itu turut menjadi tumpuan latihan penerbangan oleh pihak persendirian dari luar Melaka seperti Kuala Lumpur dan Segamat, Johor.

''Kemudahan yang disediakan itu dapat memenuhi keperluan memandangkan landasan di Lapangan Terbang Batu Berendam sentiasa sibuk termasuk pendaratan dan penerbangan pesawat komersial.

''Jadi, taman landasan pesawat ringan ini mampu menjadi lokasi alternatif bagi mereka yang berminat untuk membuat latihan penerbangan mirolight selain di Batu Berendam," katanya.

Katanya, kedudukannya yang strategik iaitu berhampiran kawasan sawah padi dan Sungai Kesang selain tidak mempunyai bangunan tinggi, memudahkan pelatih pesawat ringan menjalani latihan penerbangan mereka.

Malah, katanya, pesawat ringan lain jenis MXL II, MXL Sport dan Quick Silver GT500 yang dianggarkan berharga RM200,000 juga boleh diterbang dan mendarat di taman tersebut tanpa menghadapi sebarang masalah.

Hasan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, bagi merancakkan fungsi taman tersebut, pihaknya menganjurkan Karnival Udara Sungai Rambai pada bulan Ogos setiap tahun.

Melalui program itu, katanya, masyarakat Sungai Rambai didedahkan dengan pelbagai bentuk dan jenis pesawat ringan termasuk cara pembuatannya selain demonstrasi pemanduan pesawat mikrolight oleh pemandu profesional.

Beliau turut mempelawa para belia yang berminat untuk mendapatkan lesen pesawat mikrolight dengan mendaftar di bawah Kelab Belia 4B.

Katanya, yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM6,000 termasuk kursus selama 30 jam dan menjalani ujian penerbangan di bawah kendalian DCA.

Sukan udara mikrolight popularkan Sungai Rambai


Sukan udara melibatkan penggunaan pesawat ringan mikrolight kini menjadi antara hobi baru yang semakin berkembang di kalangan masyarakat khususnya golongan elit di negeri ini.

Namun siapa sangka, kegiatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar itu kini sebenarnya turut mendapat tempat dan semakin digilai kalangan masyarakat luar bandar, khususnya di daerah ini.

Ini berikutan terbinanya landasan khusus untuk para penggemar kegiatan meluncur dengan pesawat ringan mikrolight di Kampung Tasik, Sungai Rambai di sini sejak lapan tahun lalu.

Selain membantu mempopularkan lagi pekan kecil yang terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar Melaka itu, kawasan yang dinamakan taman landasan pesawat ringan itu secara tidak langsung menarik para penggemarnya baik dari dalam mahupun luar negara.

Malah, dengan adanya taman landasan tersebut yang turut digunakan bagi latihan penerbangan untuk semua jenis pesawat ringan itu memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat mengenai sukan udara itu.

Beberapa penduduk yang ditemui Utusan Malaysia mengakui biarpun pada awal penubuhan taman tersebut mendapat bantahan khususnya masalah alam sekitar namun setelah beberapa tahun beroperasi, mereka mula merasai manfaat daripada projek tersebut.

Malahan, menurut mereka, Sungai Rambai kini semakin mendapat perhatian masyarakat luar termasuk kalangan pelancong asing dari negara Jepun dan Australia melalui pelbagai program sukan udara yang diadakan pada setiap tahun di situ.

Menurut salah seorang penduduk, Rosman Mahat, 48, sebagai anak jati Sungai Rambai, dia berasa bangga kerana kampungnya menjadi satu-satunya kawasan di negeri ini yang menawarkan kemudahan seumpama itu.

Katanya, ramai kalangan generasi muda khususnya remaja di daerah itu semakin berani melibatkan diri dalam sukan udara yang pada pada satu ketika dulu dianggap sebagai perkara asing buat mereka.

‘‘Di sana-sini, penduduk mula berbual tentang pesawat mikrolight malah ramai di kalangan penduduk sudah merasai pengalaman menaiki pesawat berkenaan,” katanya di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Mat Yassin Sawi, 50, pula berkata, kewujudan taman landasan pesawat ringan di Sungai Rambai telah menaikkan nama dan imej pekan itu setanding dengan tempat-tempat lain di negeri ini

‘‘Macam di Serkam, kawasan itu popular dengan ikan bakar tetapi jika anda peminat sukan pesawat ringan, anda boleh datang ke Sungai Rambai untuk terbang ke udara bagi melihat pemandangan alam semula jadi,” katanya.

Bagi Abdul Kalam Hassan, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri itu harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Sungai Rambai kerana tanpa sokongan daripada penduduk, kemudahan yang diwujudkan hanya akan menjadi sia-sia.

‘‘Seharusnya penduduk Sungai Rambai bijak merebut peluang dengan terlibat secara aktif dalam setiap penganjuran sukan udara di sini kerana banyak manfaat yang boleh didapati sekiranya penduduk sendiri mengambil peluang yang disediakan itu.

‘‘Saya harap penduduk tidak hanya menjadi penonton dan hanya berminat melihat sahaja usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam menjayakan sukan udara di negeri ini pada masa depan,” katanya.

Wednesday, July 23, 2008

Jalin Keakraban Polis Cawangan Khas Dan Permuda UMNO Lancang

Perlawanan Badminton Persahabatan antara Pemuda UMNO Cawangan Lancang dengan pasukan Cawangan dengan Pasukan Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Jasin, baru-baru ini berjaya mengeratkan hubungan anrata pasukan polis dengan masyarakat.

Perlawanan yang di adakan di Kompleks Sukan Lipat Kajang,Jasin pada jam 9 malam itu juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri serta memberi pemahaman yang jelas berkaitan dengan insitusi kepolisan.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Lancang yang juga ketua pasukan,Nor Azmi Mahmood berharap dengan hubungan yang terjalin itu, penilaian masyarakat terhadap pasukan polis akan lebih positif lagi serta dapat mendalami bidang tugas polis khususnya Cawangan Khas.

Turut hadir pada perlawanan persahabatan itu ialah Ketua Cawangan Khas IPD Jasin,ASP Woo Chan Chaoy;20 Ahli Pemuda UMNO Cawangan Lanchang dan 15 pegawai serta anggota Polis IPD Jasin dari Pasukan Cawangan Khas.

Monday, July 21, 2008

Iranians bag top medals in the stage 1 Governor Cup 2008


Iranian road cyclists dominate the Governor Cup 2008 by landing themselves in the first and second placing in the Governor Cup 2008 held near the Bukit Serindit City Park yesterday.

In 2.2 category cycling championship, 8 foreign team and 12 locals teams throughout Malaysia completed stage 1 Governor Cup 2008 despite the early morning heavy downpour yesterday morning.

Deputy State Executive Council Chairman for Youth, Sports, Welfare and Unity, Hasan Rahman was the guest of honor presented the top three winners, Iranians, Sohradi Mehdi, Rafal Chitioui and Hossein Aslami Kohpaye at the stage one championship where cyclist clocked a total of 154.7 kilometers.

Organized by the same organizer for the renowned Langkawi De Tour, the Governor Cup 2008, has without doubt has not only brought participants from al over the world but also their family members, supporters from eight other nation to Melaka.

Sanctioned by Union of Cycling International (UCI) , the Governor Cup 2008 brought commissars and cycling authorities from all over the world to Melaka including the Chief Commissar, Inoki Masato

Organizing Chairman, Abu Samah Wahab, his deputiers, Ibrahim Mustapa, and Ismail, Mohd Yusof ,Honorable Secretary, Menhat Abd Rahman, Assistant Honorable Secretary Zulkifli Kalil and the man working behind the scenes, Norazman Abu Samah

Catch international road cyclists including those from Iran, Uzbekistan them today, racing against each other, pitching up the lighting sped with their state of the art mean cycling machines at Bukit Serindit today. They are expected back at Bukit Serindit City Park by about 12.20 p.m.

Pemangkin Kepada Pembangunan Kawasan Hang Tuah Jaya

Kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) sungai Rambai bakal menjadi kawasan pemangkin baru kepada pembangunan negeri seiring dengan kemajuan dan pembangunan Kawasan Hang Tuah Jaya(HTJ). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kawasan Sungai Rambai, Hassan Abd Rahman berkata, kawasan yang bakal diberi nama Hang Jebat Jaya(HJJ) itu merengkumi beberapa komponen yang menyerupai HTJ, tetapi ia tidak sama dari segi aspek perlaksanaannya yang meliputi sebanhagian daripada negeri ini.

Hassan memberitahu bagi melaksanakan projek pembangunan HJJ itu, beberapa indikator telah dikenal pasti bersesuaian dengan keadaan di kawasan DUN Sunagi Rambai dan ia akan digerakkan pada tahun ini juga."Antara indikator yang telah dikenalpasti ialah pembangunan infrastruktur yang ada kaitan dengan pembangunan ekomomi, pendidikan, agama, masyarakat dan politik,"Katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup seminar Sungai Rambai Maju 2008 yang di sempurnakan oleh speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Turut hadir pada majlis itu ialah setiasuaha Politik kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Yahya Bujal;Pegawai Daerah Jasin, Md Zin Mansor serta lebih 200 peserta terdiri Pengerusi dan ahli jawatankuaasa JKKK Dun Sungai Rambai.

Pada majlis itu juga, Hassan turut menyerahkan kertas cadangan permohonan bagi menjayakan projek HJJ yang bakal menjadi mercu tanda di DUN berkenaan berjumlah RM22 juta kepada yahya.Menurut Hassan, melalui seminar sehari itu,sejumlah empat bengkel diadakan dan hasil dari bengkel tersebut telah mengariskan beberapa komponen untuk menjadi kayu pengukur kepada pembangunan HJJ.

"Antara pembangunan yang dijalankan ialh pembangunan Bandar Baru Sungai Rambai yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah (SM) Sungai Rambai dan berhampiran persimpangan Lebuhraya AMJ. "Ia juga turut merangkumi pembangunan di kawasan Rehat dan Rawat(R&R) Lebuhraya AMJ Serta Kawasan PekanLama Sungai Rambai yang bakal dibangunkan dengan bangunan- bangunan baru,"katanya.

Selain itu, menurut Hassan,hasil rumusan seminar turut mengambil ketetapan untuk membangunkan kawasan industri yang serba lengkap dan canggih di kawasan DUN berkenaan.Katanya, tapak yang bakal dijadikan kawasan industri yang serba lengkap dengan CIQ dan zon penampan seluas 100 kaki itu telah dikenal pasti lokasi iaitu di Kawasan Barter Trade sungai Rambai.

"Kawasan industri yang ada sekarang mempunyai keluasan lebih 50 ekar dan sekarang ini, kita sudah mengenal pasti pembeli yang berponensi dan berminat untuk membangunkan kawasan berkenaan. "Justeru itu, sesiapa sahaja atau agensi kerajaan yang berani dan bersedia untuk memajukan kawasan ini, tidak perlu bimbang kerana kita sudah ada pembeli dan ia sudah boleh dimajukan segera,"katanya.

Katanya, turut dicadangkan ialah industri homestay projek pertanian campuran (argo culture) di Kuala Sungai Sebatu, sungai air Tawar, Pengkalan Lambak dan projek tanaman buah duku yang juga merupakan produk keluaran DUN berkenaan."Kolej-kolej dan kampus universiti juga dibangunkan di kawasan DUN Sungai Rambai dan dengan ini ia secara tidak langsung akan dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan pembangunan di DUN ini"katanya.

Tuesday, July 15, 2008

Pemuda UMNO Lanchang Dapat Peralatan Sukan


Langkah serta usaha Pemuda UMNO Cawangan Lanchang yang berjaya mendapatkan peralatan sukan dan jersi bola sepak tanpa mendapat peruntukan daripada wakil rakyat mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan tersebut.ADUN Kawasan Sungai Rambai, Hassan Abd Rahman, berkata langkah itu menunjukkan bahawa sekiranya semua ahli bersatu, sesuatu yang mustahil dan sukar dicapai itu pasti dapat di laksanakan dengan berjaya.

Menurut Hassan, beliau amat menghargai kerjasama yang telah dijalankan oleh Pemuda UMNO Cawangan Lanchang yang terus berusaha mendapatkan peralatan sukan dan jersi untuk membolehkan pasukan DUN Sungai Rambai menggunakannya di Sukan Melaka yang sedang berlangsung.

"Kerjasama yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO di dalam mendapatkan peralatan dan jersi pasukan adalah sesuatu yang amat terpuji ini membuktikan kesepaduan yang jitu di kalangan ahli Pemuda,"Katanya. Beliau berkata demikian di majlis penyerahan Kemeja T, jersi dan peralatan sukan badminton dan bola sepak Sukan Melaka kepada Pemuda UMNO Cawangan Lanchang, di Balai Raya Kampung Lanchang, dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua UMNO Cawangan Lanchang,Norhashim Ahmad; ketua Pemuda UMNO Cawangan Lanchang, Nor Azmi Mahmood dan jurulatih pasukan bola sepak, Robet Sabastian. Terdahulu, dalam ucapannya,Hassan mengingatkan golongan Pemuda khususnya belia di DUN Sungai Rambai supaya tidak berfikiran sempit sebaliknya membuka sikap dan pendirian serta sentiasa inginkan perubahan.

"Pemimpin harus seiring dengan variasi golongan muda agar ianya seiringan ke arah memcapai matlamat dan aspirasi perjuangan dan saya berharap semua pihak dapat merapatkan hubungan dan menjalin semangat kekeluargaan demi kebaikan bersama,"katanya.

Pejabat UMNO DUN Sungai Rambai-Jadi Pusat Khidmat Setempat

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai kini mempunyai sebuah pejabat UMNO selepas kejayaan 62 tahun penubuhan UMNO khususnya dalam DUN Sunagi Rambai.Penolong Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Muhammmad Hidhir Abu Hasan berkata, pejabat UMNO itu akan menghubungkan masyarakat dan menjalankan sebarang aktiviti kemasyarakatan dan menambah bilangan ahli UMNO.

Menurutnya, ahli-ahli UMNO akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik dan selain menjaga kebajikan ahli-ahli UMNO. "Bangunan ini menampatkan Wanita, Puteri dan AJK dalam Umno supaya dapat menjalankan kerja- kerja berkaitan parti. "Saya juga berharap parti kompenen Barisan(BN) dalam DUN Sungai Rambai akan membuka sebuah pejabat seumpama ini dalam usaha pejabat seumpama ini dalam usaha memperkukuhkan lagi jentera parti BN pada masa akan datang,"katanya yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali RUstam ketika kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Rambai, Hasan Rahman brkata, Pejabat UMNO itu akan menempaatkan 13 Ketua UMNO cawangan Pemuda dan Puteri yang boleh menjalankan kerja-kerja lebih sempurna.Menurutnya, Pejabat UMNO itu akan menjadi pusat khidmat UMNO selain membantu lebih 5,000 ahli UMNO dalam DUN berkenaan.

"UMNO perlu bangkit, perlu gagah dan bangkit semula selaras dengan misi dan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd Ali Rustam,"Katanya lagi.

Monday, July 14, 2008

KM Rasmi Pejabat UMNO Sungai Rambai.

Ketua Menteri, Datuk seri Mohd Ali Rustam akan merasmikan pembukaan Pejabat UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Rambai pada jam 1.30 tengahari di pekan Sungai Rambai. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) kawasan Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman berkata, pembukaan pejabat UMNO itu merupakan salah satu mercu tanda dan kali pertama mencipta kejayaan UMNO selepas 62 tahun penubuhannya khususnya di DUN berkenaan.

Menurutnya, Pejabat UMNO tersebut akan menempatkan 13 Ketua Cawangan Pemuda dan Puteri yang boleh menjalankan kerja-kerja ataupun tugasan dengan selesa dan sempurna."Pejabat ini juga merupakan Pusat Khidmat UMNO, selain membantu lebih 5,000 ahli UMNO dalam DUN Sungai Rambai secara keseluruhannya," katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI).

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam proses membeli sebuah bangunan baru dalam tempoh terdekat ini dalam usaha menguatkan lagi misi, visi UMNO dalam DUN Sunagi Rambai.Tambahnya, UMNO perlu gagah, perlu bangkit di Pekan Sungai Rambai dan tindakan positif itu juga akan menggalakkan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) membuka pejabat di Pekan Sungai Rambai.

"Antara parti-parti komponen itu terdiri MIC, MCA, Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakkan serta mereka juga boleh membuka pejabatnya di sini dengan menempatkan ahli-ahli mereka bagi menjalankan tugasan-tugasan penting,"katanya lagi.

Friday, July 11, 2008

Belia Disaran Rebut Peluang Disediakan Kerajaan

Belia - belia di seluruh negeri melaka perlu bersedia merebut peluang yang ada bagi meneruskan lagi kesinambungan pegerakan belia di negeri ini. Organisasi belia mestilah terus dihormati dan disegani, disamping menarik golongan muda yang kurang berminat menyertai program belia untuk mengetahui apakah sumbangan pegerakkan belia di negeri ini.

setiausaha agung Majlis Gabungan Belia Melaka, Mohd Nizam Omar berkata, organisasi belia perlu peka dengan pelbagai isu seperti perpaduan kaum, masalah gejala sosial, masalah masyarakat dan juga mengutamakan ilmu pengetahuan dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan belia.

"Inilah antara cabaran kepada pemimpin pertubuhan belia bagaimana melaksanakan hasrat dan harapan pemimpin utama negeri dan negara kita," katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI). Secara umumnya,jelas Mohd Nizam, belia Melaka merupakan belia yang berkebolehan dan berkeupayaan maju, walaupun terdapat segelintir golongan belia yang terbabit dalam gejala sosial dan aktiviti merugikan itu, ia tidak mengambarkan keseluruhan sikap belia seluruh negeri melaka.

"Pada saya, yang penting belia kita hendaklah merebut pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan,"katanya. Mohd Nizam yang juga Pengarah Bahagian Sahabat Belia, jabatan Ketua Menteri Melaka berkata, kerajaan menyediakan pelbagai peluang untuk belajar,menimba ilmu, menambah kemahiran, menjalankan perniagaan, bekerja, beribadah, bersukan dan sebagainya.

"Kebimbangan kita ialah belia tidak mahu dan melepaskan peluang yang disediakan. Jika generasi muda hari ini tidak bersediakan melengkapkan diri, ia pasti akan merugikan kita kerana yang akan menjadi pemain utama di atas padang permainan yang kerajaan sediakan menjelang 2010 nanti tentulah generasi muda hati ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat program dan peranan golongan belia kepada ketua - ketua cawanagn Gerakkan Belia 4B (GB4B) dalam Parlimen Jasin, Turut hadir, Pengerusi GB4B Kawasan Jasin merangkap ADUN sunagi Rambai, Hasan Abd. Rahman.Beliau menyatakan, orang muda dahulu dan sekarang berbeza, dahulu minum kopi di warung sekarang di starbuck dan coffea bean.

"Kerana itu, jika hendak menarik mereka, kita perlu mengikut kehendak mereka dan jika buat program ikut kehendak kita, tampa rasai dan jiwai kehendak mereka, orang muda tidak akan bersama kita"katanya. Penekanan berkenaan pendaftaran semula cawangan- cawangan 4B juga dibincangkan pada majlis itu bagi memudahkan mereka mendaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia.

Sunday, July 6, 2008

Memorandum Akan DiSerah Kepada PM- GB4B Melaka Bantah AS Campur Tangan Isu Anwar

Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia negeri Melaka yang dianggotai lebih 20,000 orang, hari ini membantah sekeras-kerasnya campur tangan Amerika Syarikat (AS) terhadap isu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan seterusnya menyatakan pendirian teguh menyokong pucuk pimpinan dalam menangani kemelut politik yang sedang berlaku ini.

GB4B Melaka menyifatkan campur tangan kuasa besar itu sebagai biadap serta amat keterlaluan sebagai satu konspirasi jahat mahu mencampuri urusan negara ini.

"Kami akan hantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, minggu depan bagi menyatakan sokongan padu kami terhadap kepimpinan beliau dalam menangani isu berkenaan," tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, Hassan Rahman di sini malam tadi selepas merasmikan Pesta Sukan Melaka DUN Sungai Rambai di Kompleks Japerun DUN Sungai Rambai.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi GB4B Negeri turut menganggap Anwar sebagai pemimpin yang licik bersandiwara bagi mencapai cita-cita politik peribadinya dan akan memperalatkan sesiapa sahaja termasuk Amerika Syarikat bagi menjayakan agenda jahatnya terhadap bangsa Melayu dan negara.

"Kita bimbang rakyat akan terjebak dengan sandiwara yang dilakonkan itu lebih-lebih lagi bila beliau sengaja mengheret campur tangan dari luar sehingga mencetuskan keresahan serta kebimbangan kepada rakyat.

"Maka atas kebimbangan ini juga, kita menentang sekeras-kerasnya tindakan beliau (Anwar) serta konco-konconya dan mendesak kepimpinan negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang negara terhadap Anwar Ibrahim.

"Kita tidak akan berganjak dengan keputusan GB4B Malaysia yang mahukan kerajaan Malaysia mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Anwar yang dianggap tidak setia kepada negara dan telah mencemari imej negara menderhaka kepada bumi Malaysia," katanya.

Menurut Hasan, beliau percaya kerajaan mempunyai kaedah dan negara mempunyai undang-undang.

"Saya percaya pihak berkuasa sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang sedang berlaku supaya ianya tidak berlarutan.

"Kita berdiri teguh bersama-sama kepimpinan kerajaan kita di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersama kabinet Malaysia dan juga kepimpinan di peringkat negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; supaya mereka atau sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan sedemikian rupa yang dianggap telah menderhaka kepada negara dikenakan tindakan yang keras.

"Malam ini warga GB4B Melaka serta warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai telahpun bersetuju untuk menandatangani memorandum bantahan dan sokongan kepada negara dan saya percaya malam ini sahaja kita mampu mendapatkan 4,000 tanda tangan bagi warga Sungai Rambai," katanya.

Hasan berkata, dengan adanya memorandum ini kepimpinan negara tidak akan teragak-agak dan menjadi pendorong kepada badan-badan lain bahkan rakyat jelata di seluruh negara untuk turut sama membantah tindakan yang dilakukan oleh anwar.

"Ada cerita yang beliau akan bersumpah di hadapan mufti dengan al-Quran, tetapi pada saya ianya tidak perlu kerana dalam hal ini kita tidak perlu mempersendakan al-Quran dan jangan gunakan agama sebagai alat.

"Kita ada saluran yang tertentu, jika melalui siasatan sudah terbukti, untuk apa lagi bersumpah dan jika siasatan menunjukkan tiada bukti bahawa beliau (Anwar) tidak melakukan perbuatan tidak baik itu, maka beliau bebaslah, apa nak ditakutkan,"katanya.

Tegas beliau, GB4B amat dukacita, jika al-Quran dijadikan alat untuk kepentingan diri, agama Islam dan al-Quran tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menunjukkan yang kita benar, biarlah siasatan yang menentukan.

Ditanya bilakah memorandum itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, beliau menjelaskan, "Saya akan menghantar memorandum ini serta merta atas nama Melaka dan perkara ini tidak boleh tangguh, saya nak hantar cepat melalui Ketua Menteri sebagai Presiden GB4B Malaysia dan seterusnya akan dipanjangkan kepada kepimpinan negara,"katanya.