Tuesday, April 22, 2008

Aspek Wujudkan Modal Insan Perlu Diberi Perhatian

Umat Islam di kawasan Dun Sungai Rambai diminta meningkatkan keupayaan diri supaya mereka mampu berhadapan dengan cabaran perubahan dunia yang bergerak pantas. Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sungai Rambai berkata bagi mencapai hasrat itu, aspek mewujudkan modal insan berkualiti perlu diberi perhatian oleh semua pihak khususnya dikalangan generasi muda hari ini. YB Hasan memberitahu, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu "Menjana Ummah Gemilang" jelas menuntut agar umat islam berusaha menjadi seorang yang berkualiti dan cemerlang dalam apa juga pencapaian.

"Persekitaran yang bergerak pantas dan mencabar menuntut umat Islam supaya memantapkan kualiti dalam pelbagai aspek, tahap pembangunan dan kemajuan umat Islam perlu dilipat ganda. Kita perlu meneruskan perlaksanaan pelbagai agenda pembangunan kerajaan untuk kesejahteraan seluruh rakyat, selain memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum," katanya ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Parit Gantung baru-baru ini.

YB Hasan turut meminta umat Islam supaya mencontohi kegemilangan umat Islam yang dicapai bermula dengan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. selain akhlak dan sifat-sifat mulia baginda. Katanya, perpaduan dan kekuatan umat Islam sewajarnya mampu merealisasikan hasrat kerajaan negeri sendiri untuk melihat kemajuan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Penglibatan menyeluruh daripada semua golongan rakyat sudah tentu mampu meberikan impak yang besar dalam merealisasikan kejayaan agenda pembangunan di negeri ini,"katanya.

Monday, April 21, 2008

Rebut Piala ADUN Sungai Rambai

Golongan belia dari kawasan Sungai Rambai yang berusia 16 hingga 40 tahun dipelawa menyertai pertandingan bola sepak tujuh sebelah dan bola jaring bagi merebut Piala ADUN Sungai Rambai pada 4 Mei ini. Pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada golongan belia menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan berkenaan. Hadiah yang ditawarkan adalah RM300 untuk johan serta piala pusingan, naib johan RM200 serta medal dan ketiga pula RM100 serta medal. Setiap pasukan yang ingin menyertai pertandingan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30 bagi setiap kategori. Proses cabutan undian perlawanan akan dibuat pada 30 April ini pada jam 8.00 malam di Dewan Japerun Sungai Rambai dan setiap pasukan yang telah mendaftar diwajibkan menghantar pengurus atau wakil pasukan pada hari cabutan diadakan. Jadual perlawanan akan dikeluarkan pada 1 Mei mulai jam 12 tengahari di Japerun Sungai Rambai. Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini diminta menghubungi Setiausaha Penaja GB4B Kawasan Jasin, Mohamed Huzaini di talian 012-6205310 atau Cik Khuzaimah di talian 06-2658188.

Sunday, April 13, 2008

Kontraktor bermasalah tiada tempat di Sungai Rambai

Kontraktor yang bermasalah dan tidak bertanggungjawab tidak akan mendapat tempat untuk menjalankan projek pembangunan di Sungai Rambai pada masa hadapan. YB Hasan Abd Rahman berkata tindakan tegas ini diambil selepas mendapati ada kontraktor yang dilantik tidak melaksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan penduduk. Beliau dan ahli Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dun Sungai Rambai akan turun padang untuk memantau setiap projek yang dilaksanakan di kawasan tersebut. Beliau memberi kenyataan ini selepas melawat kejadian benteng tebatan banjir yang pecah akibat hujan lebat di sini kelmarin. Menurut Hasan, selain itu pembayaran kepada kontraktor yang dilantik oleh jabatan atau agensi kerajaan hendaklah ditahan hingga pihak berkenaan melaksanakan semua kerja pembinaan dengan baik dan bermutu mengikut perjanjian dimeterai. Beliau berkata, langkah tegas dianggap perlu dalam usaha menangani masalah projek terbengkalai hingga membebankan penduduk.

Thursday, April 10, 2008

Isu Babi Di Selangor

Isu babi di Selangor terus hangat diperkatakan. Bagi Adun kawasan Sungai Rambai YB Hasan Bin Rahman, beliau tidak bersetuju dengan pendekatan tidak bijak yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Abdul Khalid bin Ibrahim. Sepatutnya kerajaan di Selangor patut mementingkan sensitiviti rakyat dibawah pentadbiran mereka bukannya berlaku tidak adil. Beliau juga turut menyokong kata-kata yang diluahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Noh Omar bahawa itulah hadiah pertama pilihanraya oleh kerajaan Selangor kepada rakyat. "Sudah menang, hadiahkanlah dengan projek yang boleh dibanggakan dan berfaedah. Bukannya ladang babi yang bukan satu kepentingan untuk rakyat jelata" katanya lagi. Segala manifesto yang diuar-uarkan ketika pilihanraya yang lalu tidak lagi dilaksanakan sebaliknya projek penternakan babi yang bernilai RM100 juta ini pula yang sibuk dibangunkan. Beliau berharap agar semua pihak akan sedar dan insaf terhadap apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat.

Monday, April 7, 2008

Aktiviti Kawasan Sungai Rambai Untuk Bulan April

1. Majlis Penutup Rasmi Karnival Dekat Dihati & Pertandingan Akhir Karaoke anjuran Kelab Irama 60 an.

  • Tarikh : 5 April 2008
  • Masa : 8.00 mlm
  • Tempat : Taman Rekreasi Kesang, Muar

2. Majlis Penutup Explorace KRT Sungai Rambai Timur

  • Tarikh : 6 April 2008
  • Masa : 7.30 pg hingga 1.30 tgh hari
  • Tempat : Dewan Surau Al-Umri, Parit Perawas

3. Kejohanan Bola Baling Kawasan Sungai Rambai

  • Tarikh : 9 April 2008
  • Masa : 8.00 pg hingga 6.00 ptg
  • Tempat : Padang Awam Batu Gajah

4. Program Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia

  • Tarikh : 15 April 2008
  • Masa : 9.00 mlm
  • Tempat : Kompleks Japerun Sungai Rambai

Majlis Penutup Program Komuniti Belia Remaja "Y2Y"

Hasan menyerahkan sijil penyertaan kepada ketua peserta "Program Komuniti Remaja Y2Y" di Masjid Tanah, Melaka.

JKKK perlu jadi "Mata dan Telinga" kerajaan.

Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Sungai Rambai diminta terus meningkatkan khidmat bakti mereka demi pembangunan negeri ini. YB Hasan berharap Pengerusi JKKK bertindak sebagai 'orang tengah' antara masyarakat kampung dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, serta sebagai 'mata dan telinga' untuk kerajaan. Jesteru itu Hasan memberitahu mereka perlu merancang pelbagai projek yang bermanfaat untuk masyarakat kerana dengan adanya perancangan tersebut, ia akan dapat mempertingkatkan kefahaman mereka, khususnya mengenai dasar kerajaan. Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian komputer riba kepada semua pengerusi JKKK kawasan Sungai Rambai di pejabatnya.

Penduduk Sungai Rambai akan dapat MHI

YB Hasan Rahman mengambil pendekatan menggalakkan masyarakat di kawasannya agar mengetahui isu semasa di negeri ini dengan membaca akhbar rasmi negeri, Melaka Hari Ini (MHI). Ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada rakyat mengenai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, beliau akan memastikan semua warung, masjid dan sekolah di dalam kawasan Sungai Rambai akan mendapat bekalan akhbar MHI ini. Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan akhbar MHI ini di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai. Beliau berharap dengan pengedaran akhbar ini secara meluas, masyarakat dikawasannya akan dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang selalu membuat pembohongan.

Wednesday, April 2, 2008

Senarai JKKK Sungai Rambai

Pengerusi JKKK Batu Gajah Pasir
En. Abdul Kalam b. Hassan
Tel: 06-2633672 / 013-6498480

Pengerusi JKKK Seri Mendapat / Lancang
En. Azlan b. Hj Fadzil
Tel: 017-2093279

Pengerusi JKKK Sebatu
En. Md Zizit b. Hj Khamis
Tel: 06-2650733

Pengerusi JKKK Sungai Rambai Tengah
Tn. Hj Sarip b. Jais
Tel: 06-2659341 / 013-6191983

Pengerusi JKKK Sungai Rambai Barat
En. Sulaiman b. Bakrun
Tel: 06-2658403

Pengerusi JKKK Sungai Rambai Timur
Sdg Zainal b. Hj Mohd Amin
Tel: 012-2761740

Pengerusi JKKK Kampung Air Tawar
Sdg Jalauddin b. Mamat
Tel: 06-2636489 / 012-2646683

Pengerusi JKKK Batu Gajah
Tn. Hj mat Kahar bin Daut
Tel: 06-2632643 / 012-3678141

Perancangan Pembangunan Dun Sungai Rambai

1. Projek penempatan Kampung Tasek diubah ke kawasan kolam takungan Paya Rumput.

2. Projek Mikro Light Fly Park.

3. Pekan Sungai Rambai Baru (meliputi kawasan seluas 50 ekar).

4. Kawasan rehat & rawat (R&R) Sungai Rambai.

5. Pembangunan semula pekan Sungai Rambai.

6. Pembangunan Kuala Sebatu.

7. Pembagunan Kuala Air Tawar.

8. Pembinaan Sungai Rambai Corner.

Misi & Visi YB Hasan Bin Rahman

Visi
Menjadikan kawasan dun Sungai Rambai sebuah kawasan yang berdaya maju, berwawasan dan aktif dalam menyelaraskan dan menjalankan program-program serta pembangunan dalam kawasan pentadbiran . Dengan harapan dapat mewujudkan keseragaman kehidupan dan perolehan baru, bersesuaian dengan harapan kerajaan untuk mewujudkan kawasan luar bandar yang aktif dan sistematik. Bertetapan dengan cita-cita negara untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat menuju Wawasan 2020.
Menjadikan kawasan dun Sungai Rambai sebuah kawasan yang berdaya maju, menarik dan memberi pulangan yang menguntungkan.
Misi
Menjadikan kawasan dun Sungai Rambai sebagai sebuah pusat pembangunan ekonomi, pusat pembangunan pendidikan, pusat pembangunan pelancongan serta memperlengkapkan kemudahan-kemudahan asas untuk kepentingan dan keselesaan masyarakat.
Hasil dari pertumbuhan ekonomi negeri Melaka yang pesat dengan strategi yang mampan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur dan pelaburan yang sempurna. Dengan mengambil kira pembangunan fizikal juga seiring dengan pembangunan mental, sikap dan spiritual masyarakat kampung keseluruhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju yang mengamalkan pendekatan "Islam Hadhari" dalam menuju Wawasan 2020.