Wednesday, May 7, 2008

Lensa Kamera...

Sekitar Pertandingan Bagi Merebut
Piala ADUN Sungai Rambai
Pasukan bola sepak bergambar sebelum pertandingan akhir bermula.


Ahli Jawatankuasa bergambar kenangan bersama YB Hasan Rahman.

Upacara Penyampaian Hadiah dan Cenderamata.

Tuesday, May 6, 2008

Laporan Pertandingan Bagi Merebut Piala ADUN

Pertandingan bagi merebut Piala ADUN Sungai Rambai telah diadakan pada 4 Mei yang lalu. Pertandingan ini adalah anjuran GB4B kawasan Jasin bersama Japerun Sungai Rambai , Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.Pada pertandingan itu, pasukan Sungai Rambai Barat A berjaya menjadi johan selepas mengetepikan cabaran pasukan Batu Gajah A, sekaligus membawa pulang piala pusingan ADUN dan wang tunai RM300.
Dalam pertandingan bola jaring pula, pasukan Belia Sungai Rambai Timur berjaya mengetepikan pasukan Sebatu bagi membolehkan mereka membawa pulang hadiah piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM300. Semua hadiah disampaikan oleh YB Hasan Rahman kepada pemenang dan pertandingan turut dihadiri oleh Penghulu Dun Sg.Rambai,Ariff Omar, Setiausaha Japerun Sg. Rambai, Sidang Jalaudin Mamat dan Pengarah Bahagian Sahabat Belia JKNM merangkap Pengerusi Penganjur, Mohd Nizam Omar.
Menurut YB Hasan Rahman, pertandingan tersebut merupakan satu persediaan awal bagi pasukan Dun Sungai Rambai sebelum bertanding di Kejohanan Kelab Sukan Komuniti dan Sukan Melaka. YB Hasan Rahman juga berharap penyertaan menyeluruh daripada belia di kawasan Sg.Rambai ini akan dapat manfaat dan sekaligus dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan masalah sosial.