Thursday, April 10, 2008

Isu Babi Di Selangor

Isu babi di Selangor terus hangat diperkatakan. Bagi Adun kawasan Sungai Rambai YB Hasan Bin Rahman, beliau tidak bersetuju dengan pendekatan tidak bijak yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang dibawah pimpinan Tan Sri Datuk Abdul Khalid bin Ibrahim. Sepatutnya kerajaan di Selangor patut mementingkan sensitiviti rakyat dibawah pentadbiran mereka bukannya berlaku tidak adil. Beliau juga turut menyokong kata-kata yang diluahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Noh Omar bahawa itulah hadiah pertama pilihanraya oleh kerajaan Selangor kepada rakyat. "Sudah menang, hadiahkanlah dengan projek yang boleh dibanggakan dan berfaedah. Bukannya ladang babi yang bukan satu kepentingan untuk rakyat jelata" katanya lagi. Segala manifesto yang diuar-uarkan ketika pilihanraya yang lalu tidak lagi dilaksanakan sebaliknya projek penternakan babi yang bernilai RM100 juta ini pula yang sibuk dibangunkan. Beliau berharap agar semua pihak akan sedar dan insaf terhadap apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat.