Sunday, June 22, 2008

Hantar Anak Belajar Di SRA


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM),Datuk Alias Md Saad; menyarankan supaya seluruh masyarakat, terutama ibu bapa dan guru memastikan setiap murid di sekolah Kebangsaan dapat mengikut sistem pendidikan agama yang dikelolakan oleh insitusi itu.

Menurutnya,dengan pendidikan agama secara berterusan dari sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM pada sesi petang diharapkan dapat menjadi landasan kepada pengukuhan shahsiah para remaja,sekaligus dapat mengelakkan mereka dari melakukan gejala tidak sihat.

"Adalah menjadi dasar kerajaan supaya murid berkenaan dapat dibekalkan dengan pendidikan agama yang mencukupi khasnya membabaitkan pembacaan Al-Quran dalam usaha membentuk golongan menjadi Modal Insan yang cermerlang di masa akan datang,''katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Sambutan Hari Guru SRA JAIM peringkat Daerah Lembah Kesang,Felcra Sri Mendapat,dekat sini,hari ini yang dihadiri oleh lebih 300 guru JAIM di Daerah itu.

Sehubungan itu, Alias menjelaskan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk tahun ini bagi membaiki kerosakan dan membekalkan keperluan perabot di SRA JAIM dalam yang selesa dan kondusif.

"JAIM memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan prasarana pendidikan Islam di negeri ini dan secara keseluruhan telah mampu mengurangkan aduan mengenai SRA ke taap melebihi 90% pada tahun ini,'' katanya.