Monday, June 2, 2008

Tanam Jagung Manis di Sebatu


Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau diberi peruntukan bernilai RM100,000 menerusi Lembaga Pertubuhan Negeri Melaka untuk tujuan menjayakan tanaman jagung manis di atas tanah terbiar seluas 10 ekar di Kampung Sebatu. Tanah terbiar ini disewa dari penduduk tempatan selama 3 tahun dengan kadar sewa sebanyak RM150 sebulan bagi setiap ekar. Projek ini adalah menerusi program Rakyat Termiskin Kerajaan Negeri Melaka. Sebanyak 80 peratus dari keuntungan projek ini akan diberikan kepada 10 orang yang tersenarai di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menurut Pengurus PPK kawasan Merlimau, beliau telah melantik seorang pekerja khas anak tempatan kawasan Merlimau untuk bekerja seterusnya menjaga ladang berkenaan agar mengeluarkan hasil yang lebih menguntungkan. Segala daun dan batang jagung yang habis akan dijadikan makanan ternakan untuk kambing dan lembu.