Monday, June 30, 2008

RT Taman Bukit Rambai Dapat Sambutan


Rukun Tetangga (RT) Taman Bukit Rambai telah menganjurkan Kempen Derma darah untuk mengisi Tabung Darah di Hospital Melaka(HM). Pengerusi RT, Mohd Taib Hasihim berkat, kempen itu dianjurkan dengan kerjasama Taman Bukit Rambai bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari.

Katanya, kempen berkenaan turut mendapat kerjasama dari pihak Hospital Pakar Putra(HPP) bagi mengadakan pemeriksaan percuma terutama membabitkan warga emas. "Pemeriksaan secara percuma itu melibatkan pemeriksaan jantung, kencing manis dan darah tinggi," Mohd Talib berpuas hati dengan kehadiran penduduk setempat lebih- lebih lagi golongan belia yang perihatin dalam memderma darah bagi membantu golongan memerlukan.

"Program seumpama ini akan diadakan dari semasa ke semasa kerana sambutan yang diterima oleh pihak penganjur sangat menggalakkan,"katanya. Sementara itu, menurut jurucakap HPP, langkah pemeriksaan secara percuma itu merupakan salah satu sumbangan amal dan kebajikan pihak HM untuk negeri melaka terutamanya kepada warga emas.

Sunday, June 22, 2008

Hantar Anak Belajar Di SRA


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM),Datuk Alias Md Saad; menyarankan supaya seluruh masyarakat, terutama ibu bapa dan guru memastikan setiap murid di sekolah Kebangsaan dapat mengikut sistem pendidikan agama yang dikelolakan oleh insitusi itu.

Menurutnya,dengan pendidikan agama secara berterusan dari sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM pada sesi petang diharapkan dapat menjadi landasan kepada pengukuhan shahsiah para remaja,sekaligus dapat mengelakkan mereka dari melakukan gejala tidak sihat.

"Adalah menjadi dasar kerajaan supaya murid berkenaan dapat dibekalkan dengan pendidikan agama yang mencukupi khasnya membabaitkan pembacaan Al-Quran dalam usaha membentuk golongan menjadi Modal Insan yang cermerlang di masa akan datang,''katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program Sambutan Hari Guru SRA JAIM peringkat Daerah Lembah Kesang,Felcra Sri Mendapat,dekat sini,hari ini yang dihadiri oleh lebih 300 guru JAIM di Daerah itu.

Sehubungan itu, Alias menjelaskan kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk tahun ini bagi membaiki kerosakan dan membekalkan keperluan perabot di SRA JAIM dalam yang selesa dan kondusif.

"JAIM memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan prasarana pendidikan Islam di negeri ini dan secara keseluruhan telah mampu mengurangkan aduan mengenai SRA ke taap melebihi 90% pada tahun ini,'' katanya.

Wednesday, June 11, 2008

Karnival ICT Sungai Rambai, 11-15 Jun 2008

Jawatankuasa Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti Sungai Rambai akan mengadakan Bengkel dan Karnival ICT bermula 11 Jun hingga 15 Jun ini di Japerun Sungai Rambai. ADUN kawasan Sungai Rambai, YB Hasan Rahman berkata, program itu mendapat kerjasama Japerun Sungai Rambai , Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. YB Hasan Rahman berkata, objektif bengkel itu adalah untuk memperkenalkan pusat perkhidmatan dan ilmu komuniti (PPIK) kepada komuniti setempat disamping menyampaikan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar selain membentuk masyarakat yang berpengetahuan menjelang Wawasan 2020. YB Hassan Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri berkata, bengkel itu juga bertujuan memberi latihan dan khidmat nasihat tentang cara penggunaan komputer dan kelebihan menggunakannya. Jelasnya lagi, majlis perasmian bengkel ini akan diadakan pada 12 Jun ini jam 11 pagi di Japerun Sungai Rambai oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor dan majlis penutup pada 15 Jun jam 2.30 petang oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. "Saya berharap agar penduduk di Dun Sungai Rambai tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama mengetahui ilmu IT dan ICT dengan menyertai bengkel yang diadakan ini," katanya. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Japerun Sungai Rambai di talian 06-2658188.

Monday, June 2, 2008

Seminar Sungai Rambai Maju

Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Dun Sungai Rambai akan menganjurkan seminar 'Sungai Rambai Maju' pada pertengahan Jun ini. Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Rambai, Hassan Abd. Rahman berkata seminar itu akan membabitkan semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dun Sungai Rambai. YB Hassan berkata, beberapa agensi kerajaan turut dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertujuan membincangkan beberapa indikator yang dapat merealisasikan pembangunan dalam dun Sungai Rambai. "Tujuan utama seminar ini adalah untuk kita mencari kata sepakat dan membuat beberapa rumusan mengenai indikator yang boleh dijadikan sebagai kriteria untuk menjadikan Sungai Rambai Maju,"katanya. Beberapa agensi turut bersetuju untuk membentangkan kertas kerja dalam seminar itu nanti seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Unit Pembangunan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Jasin dan majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Melalui kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar itu, satu perbincangan Pleno akan diadakan untuk mengambil ketetapan dan rumusan pembangunan Sungai Rambai Maju. Serentak dengan itu, YB Hasan Rahman berkata, lapan JKKK di dalam dun Sungai Rambai membabitkan kira-kira 100 ahli JKKK akan terlibat di dalam menjayakan seminar tersebut.

Tanam Jagung Manis di Sebatu


Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau diberi peruntukan bernilai RM100,000 menerusi Lembaga Pertubuhan Negeri Melaka untuk tujuan menjayakan tanaman jagung manis di atas tanah terbiar seluas 10 ekar di Kampung Sebatu. Tanah terbiar ini disewa dari penduduk tempatan selama 3 tahun dengan kadar sewa sebanyak RM150 sebulan bagi setiap ekar. Projek ini adalah menerusi program Rakyat Termiskin Kerajaan Negeri Melaka. Sebanyak 80 peratus dari keuntungan projek ini akan diberikan kepada 10 orang yang tersenarai di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menurut Pengurus PPK kawasan Merlimau, beliau telah melantik seorang pekerja khas anak tempatan kawasan Merlimau untuk bekerja seterusnya menjaga ladang berkenaan agar mengeluarkan hasil yang lebih menguntungkan. Segala daun dan batang jagung yang habis akan dijadikan makanan ternakan untuk kambing dan lembu.