Monday, April 7, 2008

Penduduk Sungai Rambai akan dapat MHI

YB Hasan Rahman mengambil pendekatan menggalakkan masyarakat di kawasannya agar mengetahui isu semasa di negeri ini dengan membaca akhbar rasmi negeri, Melaka Hari Ini (MHI). Ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada rakyat mengenai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, beliau akan memastikan semua warung, masjid dan sekolah di dalam kawasan Sungai Rambai akan mendapat bekalan akhbar MHI ini. Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan akhbar MHI ini di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Rambai. Beliau berharap dengan pengedaran akhbar ini secara meluas, masyarakat dikawasannya akan dapat mengetahui perkembangan yang berlaku dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang selalu membuat pembohongan.