Wednesday, July 2, 2008

Malam Nostagia Irama 60an Sempena Sukan Melaka

JawatanKuasa Penyelaras dan Pembangunan dewan Undangan Negeri (JAPERUN) sungai Rambai akan mengadakan majlis perasmian sukan Melaka dan Malam Nostagia Irama 60an pada 5 Julai ini.

Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan sungai Rambai, Hasan abd Rahman berkata, program yang julung kali di adakan secara serentak itu akn di adakan di JAPERUN sungai Rambai.

Menurut Hasan, pada majlis itu, beliau akan menyerahkan peralatan sukan kepada pengerusi-pengerusi sukan yang akan mewakili DUN sungai Rambai untuk bertanding di Kejohanan Sukan Melaka.

" Serentak dengan majlis ini, satu majlis yang dikenali dengan nama 'Malam Nostagia Irama 60an' juga akan diadakan dan ia akan membariskan beberapa penyanyi irama Pop Yeh Yeh seperti Datuk A. Rahman Hassan dan kumpulan Nirwana,"katanya.

Beliau turut berharap supaya semua pengerusi sukan yang membawa peserta dari DUN Sungai Rambai akan dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

"Sehubungan itu, saya menjemput seluruh Warga Melaka khususnya penduduk di kawasan DUN Sungai Rambai hadir beramai-ramai untuk menyaksikan persembahan ini dan tiada bayaran dikenakan,"katanya.